jump to navigation

perkara yang teringin aku nak buat February 27, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
1 comment so far

aku rasa aku nak …

1) buat aktiviti bungee jumping, kat niagara fall…..

2) join training payung terjun dengan tudm

3) rafting kat sungai sedim, kedah

4) naik kereta–>drift kat litar sepang ke

5) nak join mat2 rempit (tapi aku tunggang sendiri laa)lumba haram kat mana2 pun tak kisah la

6) nak naik roller coaster

7) dan yang pasti nak menjeritttt sekuat hati arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

huhu tapi tak dengar la sebab dlm hati jer..isk..isk…

Advertisements

jendela Hati February 26, 2007

Posted by a****** in ::Bicara tanpa suara::.
add a comment

Sewaktu menanti, ia tak kunjung datang. Bila langsung tiada di fikiran, ianya mula datang mengintai.

Putera Kayangan February 22, 2007

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah, Uncategorized.
add a comment

assalamualaikum..

tanggal tarikh 23092005, seorang perempuan telah didatangi mesej misteri dan disusuli dengan hadiah lukisan ini pada hari berikutnya..mesej yang berbahasa puitis mengundang sukar untuk ‘dia’ mengerti apa hajat sebenar yang ingin disampaikan, namun sekadar di angin lalu, tidak mengambil endah kata-kata itu, walaupun hati dilanda keliru. Membahasakan diri sebagai putera kayangan, orang misteri itu menghulur salam persahabatan bagi memulakan kenalan. Cantik lukisan ini, mencerminkan kesenian dan ketelitian perasaan pelukis yakni putera itu. Walaupun tidak se gah potret Monalisa karya emas Vinci, namun cukup dihargai dan membuatkan ‘dia’ menguntum senyuman. ‘Dia’ terus dihimpit rasa tidak menentu untuk seketika kiranya salam perkenalan dari orang misteri itu terus menerus dengan rahsia dan kemisteriannya..Di waktu ‘dia’ lagi sibuk bergelumang dengan nota dan buku, mesej orang misteri itu terus menghantui namun tidak mengapa kerana kata-katanya lebih kepada dorongan dan semangat. Hari silih berganti, minggu terus ke bulan, orang misteri masih tidak diketahui identitinya malah nama sebenar pun tidak tahu……Apapun si ‘dia’ sekadar menerima kehadiran sahabat misteri itu dan mengakui semua manusia punyai rahsia tersendiri. Namun peristiwa yang berlokasikan taman ilmu dan budi ini tetap segar dalam ingatan….

wahai putera kayangan,

hadirmu tak diundang namun tak pula ku pandang sepi…kau hulurkan salam persahabatan dan ku sambut atas nama persaudaraan walaupun tidak kukenal rupamu tapi kutahu bahasamu..

ku akui kata-katamu ada mengundang resah di hati tapi takkan ku mudah lupa diri…ku anggap persahabatan ini sekadar perkhabaran angin yang dapat kurasa tapi tidak betah dalam genggaman walaupun hakikatnya kita berpijak dan bernafas di bumi yang sama yakni di taman ilmu dan budi….

jauh di sudut hati, aku berterima kasih atas lukisan itu, tetap ku hargai sepanjang ku berkehidupan, kerana ia antara warna-warna ceria yang mengiringi ku sebagai kembara atas muka bumiNYA ini….

sykn’s: ada mungkin kita ketemu???=)

999!! February 16, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::, Uncategorized.
add a comment

salam..
blog, aku nak cerita sesuatu ni..
M,seorang kenalanku memberi satu mesej yang agak menarik.

Berdialog (SMS)

M: pilih antara no ini :-   00,  21, 88, 13, 72, 24, 33, 99 & 11
Aku: uish, cabutan bertuah eh. Ok, no 99.

(aku ni pantang tengok nombor 9.sebab first, lahir dalam bulan 9, lahir pun pukul 9++ pagi, jersi aku dulu no 19, pastu kebetulan nombor nset yang abah beli 2, 3 kali ada je no 9..dan lagi satu ada 99 nama Allah dalam Asmaul Husna, antara banyak no. ganjil paling atas dalam senarai, aku suka no 9.so sebab tu la aku pilih no 9…=))

..M pun membalas,
M: 

00-tiada pe2 antara kte
21-mgkn sy dlm ati awk
88-i’m ur loving one
13-awk benci sy
72-awk ske sy
24-awk syg sy
33-i’m ur dear
99-sy kwn awk je
11-sy la idup awk

aku: hoho, camtu ker.. leh caya ke?
M: terpulangla..
.
.
.end of conversation…

Yang lebih menarik perhatian aku ialah, perkiraan yang bagaimana (logik) bagi pasangan nombor-nombor itu untuk didefinisikan seperti yang aku tulis diatas..mungkin mesej nie dambil dari mana-mana buku/majalah yang aku terlepas baca  atau mungkin direkacipta. Percaya atau tidak, aku,no komen. ;-). Anyway M, terima kasih, mesej tu memang menarik..=)

Happy Birthday to all Februarians February 15, 2007

Posted by a****** in ::Birthday::.
add a comment

 

~ALL  FEBRUARIANssssssss…..~

~IzAN~iZyAni~DiNi~Syai~mazLiana~Baizurina~NaNa~Sue~AnAz~PaLiE~K.ZaK~MasLYdhIA~ emm maaf la kalau ada yang tertinggal….let me know pleasee~

Tanggal tarikh keramat itu, korang dilahirkan sempurna sifat sebagai manusia, macam-macam bunyi rengekan dan tangisan kedengaran..ada yang kuat menjerit, ada yang menangis sederhana tak kurang juga yang seperti mahu tak mahu menangis…tapi tidak sesayu tangisan ayah bonda yang bertangis gembira dan syukur. Korang tahu tak yang korang adalah juara, antara banyak ‘ekor ‘yang berlumba, dengan kepantasan korang yang luar biasa juga dengan izinNYA , maka termaktub satu ‘kelengkapan’ yang bakal melalui proses penjasadan selama 8 atau 9 bulan setelah ditiup ruh kedalam jasad itu. Subhanallah..cayalah korang!

Tanggal tarikh dan masa itu korang melengkapkan lagi satu komuniti kekeluargaan, menambah gelaran insan-insan lain :-kakak, abang, datuk, nenek..bla..bla…alangkah bermaknanya kelahiran korang….tapi waktu itu korang mana ada perasan semua ini. Tahu-tahu saja sudah menjerit.
Lagu pertama yang menyambut korang pernah dipopularkan oleh bilal bin rabah, dia tak glamor pun  tapi masyhur namanya di syurga, sehebat suaranya yang merdu tak tertanding dengan sesiapapun…dinyanyikan kembali oleh insan yang mungkin bakat terendam, siapa lagi bapak korang laaa…..dibisikkan laungan azan, bersama harapan dan doa moga anak ini menjadi soleh dan solehah, penyejuk perut ibu, penyedap mata dan penawar duka bapak…aduhai anak, cahaya mata keluarga!
Setahun demi setahun korang membesar dengan sihat dan kuat! Di zaman kanak-kanak ribena, korang jatuh pokok, terjun sungai, lompat sana, guling sini, suka cari sakit sendiri dan menimbulkan masalah pada orang lain, pada mak bapak usah cakapla, saban waktu pasti ada racun dan penawar dari korang, almaklumlah hidup sangat ‘happy’.
Tapi sekarang, ada antara korang sudah menjadi ibu dan bapa, jatuh bangun sendiri, masalah dan rintangan datang sendiri bukan dicari, itulah tanda-tanda lanjut usia yang sebenar. Bukan sekadar kedut2 atau kurang hormon (haha, nie untuk 40 tahun ke atas laaa) malah bertambah matang dan lagi mencabar kehidupan yang ditempuh sehari-hari….
Namun demikian korang teman-temanku sekalian, sekarang nie rata-rata umur 20 ke atas, masih lagi muda belia, masih ‘panas’, jadi gunakanlah tulang besi empat kerat yang ada untuk menjadi sebaik-baik insan. 

Di hari kelahiran korang di dunia, berterima kasihlah pada mak ayah yang kasih sayangnya pada kita adalah infiniti…Tak perlulah bertiup lilin kerana itu seolah-olah menyamai amalan orang Yahudi, cukuplah sekadar membeli kek untuk dimakan beramai-ramai dengan keluarga atau rakan sepejabat, kelas , ‘housemate’ dan seumpamanya pahala sedeqah pun bertambah, insya-Allah. Macam officemate aku sorang nie, syaida blanja satu ofis makan kek cheese with coppuccino hehehe,terima kasih syai!Apapun panjatkan kesyukuran tidak terhingga pada Ar-Rahman, sebab kerana kasih dan izinnya jua dapat kita menghela nafas di bumi yang makin sakit ini.OK, pada semua teman-teman yang dilahirkan di bulan Februari, Selamat Hari Lahir!!!!!!

sampah hidup! February 14, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
add a comment

Sewaktu ‘BUSH*t’ and the gang menyerang IRAQ, sering terpapar wajah-wajah pucat dan biru kanak-kanak yang tidak berdosa di dada akhbar, di kaca tv yang mati akibat serangan bertubi2. Kita yang melihat pasti tersentuh dan berasa simpati walau sekuman cuma mengenangkan kanak2 yang sinonim dengan tawa ria tapi bergincu darah, bercelak lebam dihiasi dengan kesan-kesan luka kecil besar di seluruh badan akibat bom berbunga  kehancuran dan kemusnahan. Terasa benci yang meluap-luap dan dendam kesumat yang seperti lagaknya letusan gunung berapi terhadap BUSH*t dan konco-konconya.Bagi  kita disini hanya sekadar empati dalam diam dan doa saja sebagai senjata..

Tapi bila aku terkenang-kenangkan kembali, ada yang lagi kejam dan tipis akal sehingga tak sedar bila dipijak, bila manusia sehalus ibu jari disampahkan. Ini bukan manusia bertopengkan binatang, malahan bukan lagi nama manusia yang selayaknya digelar manusia yang akalnya pada tahap binatang yang hanya tahu ‘bernafsu’ semata-mata.

Tak perlu bersenjata api, tak susah berkereta kebal ataupun melempar bom tangan, hanya campak saja mana2 yang dikira sesuai demi menutup kebodohan dan keterlanjuran atau kenikmatan yang sementara itu. Bayi1

OK..ok, mungkin banyak kemungkinan berlaku..hasil rogol, hasil perkosaan mungkin juga paksa rela, tapi tidak ada cara cerdik yang lainkah selain dari tong sampah yang jadi sasaran?? Banyak lagi manusia yang berhati mulia yang dapat memberi kehidupan pada bayi2 malang yang menjadi mangsa kejam ‘dibuang dan disampahkan’ hidup2 . Boleh kah aku katakan BUSH*t tu lebih mulia dari manusia2 ini..??tepuk dada tanya iman diri, bukan emosi..

Dn_01_big

Mungkin ajal bayi ini di situ, mungkin penjenayah itu akan insaf selepas ini, mungkin akan lebih me’refreshkan’ kembali tahap kesedaran masyarakat sekitarnya, mungkin ini menunjukkan masih lagi pincang nilai kemanusiaan manusia kini, mungkin ini menjadi bukti rakyat Malaysia masih nipis nilai akalnya, mungkin ini tanda2 Kiamat makin dekat, mungkin ini juga menunjukkan masih ada lagi sisa-sisa manusia tak bertamadun, mungkin ..mungkin….fikir2 lah sendiri…

tp kan apa pulak nak dihairankan bila ada segelintir generasi masa kini yang turut membuang ‘keluarga’ , membuang ‘saudara’ , malahan ‘ibubapa’ demi kasih yang diturutkan..cuma tempat dan keadaan je lain..takkanla dalam ‘tong sampah’ mana nak muat ..tul tak???

sykn’s: astaghfirullah wa auzubillahi min zaalik!!!ayat2 di atas mungkin agak keras tp rasanya masih lagi tak setimpal dengan kebangangan manusia yang suka ‘membuang’ manusia nieh…ya RABBI, ku mohon perlindungan dari tipu daya syaitan…

Cuka yang masam =P February 14, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
add a comment

Kalau cuka masam, aku lagi masam dari cuka. Tapi bukan dari segi bau mahupun rasa tapi perasaan aku pagi tadi mengunci mulutku untuk mengukir senyuman ataupun bersembang-sembang seperti selalu . Bukanlah masalah dunia tapi aku akui yang aku ‘terasa’ malah sejak 2 hari yang lepas. Bila perasaan tak enak, ekspresi muka aku memang tak dapat disembunyikan lagi mungkin sebab itu aku memang tak pandai berlakon.

abc: pantang kalau orang guna barang orang tapi tak pandai jaga barang.bla..bla..
aku:…..
abc: dah guna pandai-pandaila jaga, ni suka take for granted.bukan tak mampu beli..bla..bla…
aku:….

.

.

..bukan saja perbualan , aku juga mengerti dari tindakannya sejak akhir-akhir ini.

Antara ramai orang itu, aku juga pengguna-kongsi. Sepanjang dia berpanjang lebar menghamburkan rasa tidak puas hati aku hanya diam, menilai kembali adakah aku yang dimaksudkan atau bahasa ‘pelapik’  dalam erti kata lain mensasarkan target untuk menembak seekor burung pada sekumpulan burung walaupun  bidikan perluru tidak tepat pada aku, tapi bunyi tembakan atau dentuman peluru meninggalkan rasa takut dan amaran pada burung-burung yang lain bahawa kumpulan itu adalah sasaran pemburu. Sepanjang perjalanan aku koreksi diri. Aku akui sebagai pemilik harta, aku juga akan marah kiranya barangku yang diguna tidak dijaga dengan baik. Aku tak salahkan dia, tapi aku pun tahu etika sebagai pengguna (=P).Dan aku taknafikan  adakalanya aku terlalai.Dia menafikan sasaran itu adalah aku tapi aku lebih mengerti. Pada kalian mungkin ini hanya sisa di celah gigi, tapi tidak bagi aku, namun tidaklah pula batu besar di atas kepala.

sykn’s:memberi dan menerima adat berkongsi.Menerima sahaja tanpa memberi itu adalah mengambil kesempatan…