jump to navigation

rancang May 30, 2007

Posted by a****** in Me@work.
2 comments

Aku sekarang lagi pening fikirkan pasal rumah sewa yang masih lagi dalam pencarian dan pada masa yang sama aku dikhabaranginkan tentang ‘posting’ ke seberang Laut China Selatan. OK. Sekarang aku berkediaman di rumah sewa bersama teman seperjuangan x~CIUC dulu. Rumah itu bakal diduduki lagi oleh pelajar baru. Tak mungkin aku dapat bertahan dengan ruang yang sedikit ‘sesak’ di rumah itu meskipun aku rasa semakin sayang sejak kami mendudukinya.

Aku akur takkan selamanya menghuni rumah teres dua tingkat lot tepi itu dan memang merancang untuk berpindah bersama 2, 3 orang lagi teman serumah. Tidak susah sebenarnya mencari rumah sewa namun kesukaran itu muncul apabila aku menerima petanda bahawa Brunei Darussalam bakal ku jejaki nanti (peh kompiden sungguh!!=P). Bila dan bila itu yang sering bermain di kotak fikiran. Mana lagi nak cari rumah sewa ,bayar deposit tapi tinggalnya di seberang, so faham tak situasi aku sekarang..fening sudah……

Apa yang aku harapkan moga semuanya berjalan dengan baik. Jadi buat sementara waktu ini aku berdiam diri dulu di rumah itu, di samping merancang dan mencari rumah sewa juga merisik kebenaran berita ‘posting’ yang pada aku amat penting sekali agar yang lain dapat diselesaikan dengan amannya.

Cerita tentang kerja alhamdulillah, kompeni yang dulunya aku berstatus pelatih kini bertukar menjadi ‘staff’ walaupun hanya untuk beberapa tahun. Boleh dikatakan setahun jagung aku di sini namun seronok sebab kompeni ini mengaktif ‘diri’  dalam aktiviti luar terutamanya futsal dan bowling. Satu lagi projek yang aku turut turun padang ialah ‘ENdurance System’ yang membawa aku hingga ke Kedah dan Terengganu. Sementara masih bujang, aku takkan lepaskan peluang untuk outstation. Haha kemaruk ke apa aku nie. Mereka yang lain punyalah bertimbun alasan untuk tidak melibatkan diri, aku pula yang menyerah diri. =P..hehe…Kalau setakat seminggu dua ok la, kalau lebih hingga ke setahun, huhu oh Brunei begitukah nanti nasibku di sana?isk isk…

 Apapun aku bersyukur dan mengharapkan sesuatu yang amat beharga selagi aku berkulian di sini yakni pengalaman dan pengetahuan sebagai modal untuk aku melangkah dengan lebih jauh……………..insyaALlah!!

May 30, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

hutan daun vs hutan batu

Seindah mana pun bandaraya Kuala Lumpur dengan bangunan tinggi pencakar langit, semestinya tidak dapat menandingi keindahan dan kehijauan alam flora. Namun hutan konkrit bukanlah dibina untuk menandingi atau menyaingi hutan daun malah kedua-duanya saling memerlukan dan melengkapkan…=)

 

tengok-tengok May 29, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

salam..

Hari minggu lepas sempat lagi aku dan sue layan cerita Melayu versi 80-an, AZURA, yang diherokan oleh Jamal Abdillah dan diheroinkan oleh OgY. Sepanjang penceritaan filem Melayu yang satu ketika dulu meletop tu, aku dan su masing-masing tersenyum. Bukan lawak pun cerita tu, cuma sedikit mencuit hati bila mendengar skrip cerita yang agak puitis. Aku kira tiada sangat perkataan atau bahasa pasar digunakan. Biasalah, cerita cinta kata-kata seindah bunga pasti diutamakan untuk menaikkan mood penonton. CUma aku dapati kurang pula didengari mutakhir ini. Biasalah, selera dan kemahuan penonton berbeza sepantas peredaran masa. Kalau tak silap aku, cerita Azura ditayangkan ketika aku baru mencecah 2 tahun. Lama tuu…tapi masih lagi tergolong dalam cerita melayu yang -ingin-kita-tengok!!

Drama melayu bersiri sekarang banyak yang ide ciplak. Cuma mungkin dikaburi dengan pelakon-pelakon yang panas di pasaran sekarang. Semalam aku baru tengok cerita KaB HERO-KB 0, mmm, gelak aku yang tak ikhlas , cerita superhero yang lawaknya dibuat-buat. Haha..=P

 k, pen off~ 

that’s life.. May 22, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

Ibarat memegang gelas kosong, terasa ringan.Bila diisi air, gelas tadi terasa berat. Tangan tetap memegang lama gelas itu sampai lenguh. Tetap bertahan tapi sampai bila?Sampai patah tangan??Jadi jalan yang terbaik ialah dengan meletak gelas itu ke bawah. Bila lenguh sudah hilang maka dipegang kembali gelas itu. Begitulah silih berganti.Jangan disoal kenapa gelas, kenapa perlu dipegang, kenapa itu kenapa ini kerana ironinya lebih ingin diketahui..

Begitu halnya kita dengan masalah. Sentiasa menyelubungi diri tak kiralah dari sekecil zarah hingga sebesar gajah, ianya tetap di sisi. Simbolikanya, masalah adalah gelas dalam air, ada masa hilang,surut dan kembali datang mahupun muncul yang baru, kita sendiri yang memegang masalah itu dan sampai bila kita perlu risau memikirkan sesuatu masalah, sehinggalah kita perlu satu masa untuk berehat, take a break, untuk berfikir, dan mengumpul kekuatan berhadapan dan seterusnya menyelesaikan masalah itu agar ringan minda dan hati…sebab itu kita perlu meletakkan kembali gelas tadi. Kalau berterusan kita susah hati memikirkannya, takut bertambah pula masalah lainnya, sehingga memudaratkan diri sendiri.

 Jadi, wahai diri, tepuk dada tanya iman, tanya pertimbangan rasional minda, kerana harta mulia yang memakamkan manusia lebih tinggi dari haiwan terletak di kepala, bahagian paling atas dan utama antara anggota tubuh yang lain–>yakni akal fikiran, tapi ingat perlu dibatasi iman kerana kesempurnaan Islam adalah gabungan hebat antara duanya….

 That’s life.Yang bernama kehidupan itu bila sesuatu yang bernyawa itu hidup untuk berkehidupan di alam ini. Berkehidupan (khususnya bagi manusia) termasuklah melakukan rutin harian, memenuhi keperluan dan kehendak fitrah insan, yang mana semua itu menuntut diri untuk bersosial,berkerja dan segalanya bagi meneruskan nyawa untuk hidup . Setiap makhluk lain caranya berkehidupan dan pasti tidak dapat tidak menghadapi rintangan dan cabaran sepanjang perjalanan itu….

Dan aku antara mankhluq terpilih itu, menjalaninya dengan caraku sendiri, qada dan qadarNYA , takdirNYA yang ditetapkan bagiku. Aku tidak perlu beralasan untuk menculaskan diri, merungut itu ini kerana masing-masing terselindung janjiNYA,rezeqiNYA dan ketetapanNYA yang pasti mengandungi 1000000000++ hikmah tersirat dan tersurat. Aku akan terus dengan langkah ini bersama tunjuk ajar dan nasihat mahupun kritikan manusia-manusia di sisi kiranya itu semua menjadi guru tidak rasmi aku dalam memahami erti hidup. Maka dengan itu moga aku tak gentar jatuh, atau terpijak duri atau tergelincir kerana pasti ada tangan2 yang sudi menghulur bantuan, membantuku berdiri agar terus berdiri mengorak langkah di bumi tuhan ini. InsyaAllah!!

😉  

;-) May 16, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

salam…this song sang by lionel ritchie keep repeating in my head..i have no idea but the lyrics were so catchy …hello, r u there? 

title:hello

I’ve been alone with you inside my mind 

And in my dreams I’ve kissed your lips, a thousand times

I sometimes see you pass outside my door

 Hello, is it me you’re looking for?

 I can see it in your eyes

 I can see it in your smile

You’re all I’ve ever wanted

 My arms are open wide

 Cos you know just what to say

 And you know just what to do

And I want to tell you so much, I love you

 I long to see the sunlight in your hair

 And tell you time and time again, how much I care

Sometimes I feel my heart will overflow

 Hello? I’ve just got to let you know

Cos I wonder where you are

 And I wonder what you do

Are you somewhere feeling lonely

Or is someone loving you

Tell me how to win your heart

 For I haven’t got a clue

But let me start by saying, I love you

my updates May 9, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

assalamualaikum

Lama sudah aku menyepikan diri di ruang legar ini. Kadang-kadang aku tertanya sendiri, masih adakah mata-mata yang sudi melirik bebelan aku ni. Sudi atau tidak aku tetap bercerita mungkin untuk tatapan aku sendiri..hehe..

Izinkan aku meng’update’kan diri..

Hujung bulan lepas, awal bulan ni aku ke Terengganu atas urusan kerja. Bos kata mungkin seminggu di sana . Tapi ada sedikit perubahan jadual yang menuntut aku dan rakan-rakan seperjuangan pulang ke ibukota. Dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.8 jam perjalanan terasa singkat bila majalah dan mimpi menjadi teman serpergian. Namun begitu aku mengharapkan misi yang sama berjaya dijalankan sepenuhnya pertengahan Jun nanti.

Jadi hari selasa dan rabu yang cuti bersempena dengan Hari Pekerja dan Hari Wesak aku memalaskan diri di rumah selain mengaktifkan diri di Taman Tasik Titiwangsa di waktu pagi. Kebetulan Karnival Buku Antarabangsa sedang berlangsung di PWTC, aku dan siti maryam tidak mahu ketinggalan memberi kunjungan.

Setibanya di sana, seperti yang dijangkakan manusia-manusia memenuhi setiap sudut pandangan. Tapi lebih tertarik lagi pandanganku ini pada susunan buku+majalah+dan yang sewaktu dengannya yang terletak cantik dan kemas di rak mengikut kategori dan pengkhususan masing-masing. Setiap booth punyai daya tarikan tersendiri. Aku dan siti memulakan pengembaraan dari setiap kaunter ke kaunter yang seterusnya sehinggalah kami melewati level 2.

Di pintu masuk, kami diberi penanda buku dari Telaga Biru berwajahkan Ustaz Zahazan bersama koleksi buku-bukunya dan siap diberitahu boleh minta ditandatangani oleh Ustaz sekiranya berminat.Dalam takut-takut segan, aku meminta ustaz menurunkan tandatangannya di belakang penanda buku itu. “Awak tahu apa maksud nama awak, Nor Asyikin?” tanya ustaz tiba-tiba. Sambil tersenyum aku menjawab “Emm kaalau tak salah saya, ‘Cahaya Kecintaan’, ustaz. Rasanya ustaz yang bagitahu saya, saya ingat lagi waktu tu saya dalam kelas Arabic CCL ustaz di matrik dulu,” sembang aku panjang lebar. Ustaz tersenyum sambil menulis sesuatu dalam tulisan jawi, mungkin memaklumi yang aku pernah menjadi muridnya dan juga bekas pelajar di tempatnya mengajar yakni di taman ilmu dan budi. Tertera namaku di situ dan sebingkis doa dan kata-kata…”moga Allah permudahkan urusanmu”…amin,syukran ya ustaz.

Sedikit perihal ustaz Zahazan. Beliau merupakan bekas pelajar KIK atau sekarang dikenali dengan KISAS. Pernah menuntut di bumi anbiya’ tapi tak pasti jurusan apa. Yang pasti beliau pernah mengajar aku dan rakan-rakan subjek bahasa arab waktu matrikulasi di PJ dulu. Murah dengan senyuman dan nasihat. Pantang dibukanya cerita atau kisah-kisah nabi,para shuyada’, pasti telinga melekat untuk mendengar dan menagih setiap butir bicara nya.Memang tidak dinafikan, ustaz Zahazan punyai x-Faktor dalam berkata-kata, yang mendengar pasti akan setia menunggu hingga habis. Unsur-unsur humor dalam nasihat menjadi rencah utama,mungkin pada firasat aku menjadikan beliau antara pendakwah bebas yang diminati, insyaAllah.

Di tingkat 2, kami melekat di booth Creative Enterprise produksi majalah Gila-gila yang masih di pasaran hingga kini, menyebelahi booth yang mempamerkan koleksi novelis AhadiatAkashah. Kelihatan kartunis Ujang sedang rancak bersembang dengan novelis ahadiat akashah.Aku dan siti tak ketinggalan meminta 2 orang kartunis di situ untuk melukiskan gambar kami dalam bentuk karikatur. Adeh, lenguh muka dibuatnya, senyum dalam masa 20 minit.Tapi berbaloi sebab hasilnya sangat memuaskan dan cantik. Aku sedikit segan bila kartunis tu memandang tepat ke muka ni untuk beberapa saat berulang kali. Tapi bila dah mula bersembang-sembang rasa kekok pun hilang.Kui kui…apolaaaa…Setelah menjamu mata melihat dan melirik buku-buku di sana selepas solat maghrib kami pun bertolak pulang ke rumah sedikit keletihan tp masih sempat tersenyum puas….=)

…to be continued