jump to navigation

walk of life?? June 28, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

walk of life….=)

 Jacob’s Walk of Life (5km)

~ 24/06/2007~

Taman Tasik Titiwangsa

 

Setiap yang bermula pastikan berakhir. Setiap orang miliki permulaan dan pengakhiran hidup yang berbeza, tidak seperti Walk of Life Jacob yang berkongsi titik mula dan akhir bagi setiap peserta yang turut serta.  Muka-muka itu bercirikan latar belakang yang pelbagai, semuda bayi dan setua nenda mengharungi cabaran yang sama dengan upaya dan kudrat masing-masing bersama kesedaran tentang pentingnya memiliki tubuh badan yang sihat. Moga ‘jalan kehidupan’ yang telah dilalui pada hari itu, membuahkan langkah-langkah seterusnya ke arah kesihatan yang berkualiti….;-)

 

 

 

Advertisements

June 26, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

arghhhh!!!!!!

ARGHH!!!!!!…..kalau dapat aku berlari di awan, berenang didarat, terbang jauh ke dasar lautan..aku pasti bukan aku sekarang ini..kerana mana mungkin aku melakukan perkara-perkara itu melainkan aku bukan aku yang sekarang ini..

seketika aku fening, keliru, lelah….huhuhu

.

.

.

oh ide aku dahagakan mu!!

.thrist.gif

.

.

 

 

alkesah June 25, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
2 comments

Cikgu E.

E*** *****. Sehebat nama begitu juga orangnya. Antara ramai guru , dialah satu-satunya guru yang tidak mungkin luput di ingatan. Paras rupanya tidaklah menjadi kegilaan di kalangan pelajar perempuan tetapi sesuatu yang unik dimiliki oleh guru bujang ini (sekarang dah kawin) yang membuatkan dirinya paling dikenali di Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash suatu ketika dulu. Garang, bengis, mudah naik angin dan yang sewaktu dengannya adalah antara persepsi pertama yang aku terima daripada pelajar-pelajar senior bila sebut sahaja nama Cikgu E. Sebagai pelajar baru, terdetik juga di hati mengharapkan agar guru itu tidak mengajar mana-mana subjek di kelas nanti. Lain yang ku harap, lain pula yang datang. Sepanjang dua tahun persekolahanku di sini, Cikgu E yang berkelulusan luar negara dalam sastera Bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran Sejarah dalam kelasku. Sebenarnya guru ini tidaklah seteruk yang disangka. Cara penyampaiannya tegas, jelas dan menggunakan peta minda ketika mengajar lebih-lebih lagi subjek Sejarah yang agak membosankan. Teknik yang selalu digunakan oleh CIkgu E ialah ‘time line’ yang memang membantu mengingati tarikh dan peristiwa penting .Boleh dikatakan setiap butir bicaranya mudah difahami.

Adalah menjadi lumrah bagi mana-mana guru yang kurang senang lalu menegur pelajar-pelajar yang enggan mengikut arahan. Cuma cara dan bagaimana teguran itu dibuat yang membuatkan Cikgu E lain dari yang lain. Satu kepantangan Cikgu E ialah apabila melihatkan pelajar-pelajarnya yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Aku tidak lepas dari ditangkap kerana tertidur dalam kelas. “Woi makcik, tidur lewat ke semalam?Sila bangun!” Serta-merta aku jadi segar dan berdiri.Darah berderau dan jantung berdegup kencang. “Saya mengajar, awak sedap-sedap tidur. Baiklah, awak buat apa yang saya suruh!” Tak pasal-pasal aku bersenam aerobik pagi itu. Pelbagai gaya diarahkan oleh Cikgu E. Angkat tangan, depa tangan, angguk-anggukan kepala dan macam-macam lagi. Aku menurut tanpa ikhlas =P. Aku akur dalam keterpaksaan. Kawan-kawan sekelas yang lain hanya memandang sambil tersenyum kambing tapi tiada siapa yang berani menampakkan gigi.Kalau tidak, bukan aku sorang je yang bersenam robik pagi tu….Itulah kali terakhir aku tertidur dalam kelas Cikgu E. Pernah juga kepalaku diketuk dengan buku teks Sejarah gara-gara terlupa membawa buku nota. Ramai juga rakan seangkatan lain yang senasib dengan aku. Geram dan marah bersarang di lubuk hati ini. Cikgu E memang tidak berhati perut! Namun apakan daya, aku hanyalah seorang pelajar.Ku biarkan saja rasa geram itu pergi…

Lagak dan gaya Cikgu E mengalahkan guru disiplin. Mana-mana pelajar yang tidak memakai kad pelajar akan dipanggil dan ada juga disergah. Bagi pelajar lelaki yang berambut panjang dan berjanggut akan serta-merta digunting rambut dan dicukur janggutnya. Mungkin salah mereka juga kerana tidak ambil endah akan amaran pertama. Cikgu E juga pantang mendengar bunyi seretan kasut oleh mana-mana pelajar ketika berjalan. Cikgu E akan mengarahkan pelajar itu berundur dan berjalan kembali tanpa sebarang bunyi. Kebanyakkan tenaga pengajar di sekolah, tidak begitu menyenangi akan cara Cikgu E mendenda pelajar.Hinggalah pada suatu hari, tindakan Cikgu E menampar dua orang pelajar perempuan mencetuskan kontroversi. Perkara ini berlarutan hingga ke pentadbiran sekolah. Mujur isu ini tidak menjadi kes polis kerana kedua-dua pelajar itu mahukan penyelesaian secara aman. Semenjak dari peristiwa itu, Cikgu E lebih berhati-hati dalam tindakannya mendenda mana- mana pelajarnya.

Kebiasaannya, menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, pelajar-pelajar sibuk memohon maaf sesama sendiri dan semestinya memohon restu dan berkat dari ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru. Aku juga tidak ketinggalan. Segeram-geram aku pada Cikgu E tidak mungkinku lupa akan ilmu yang dicurahkannya selama dua tahun di kelas itu. Cikgu E hanya tersenyum dan memaafkan aku dan rakan-rakan. Sebagai manusia biasa Cikgu E juga meminta maaf atas kekasaran yang pernah dilakukan ke atas kami anak didiknya. Sebelum keluar dari pintu bilik guru, Cikgu E memanggilku. “Weh Makcik, mari sini kejap!”….Dalam hati aku merungut “makcik dia panggil aku ,ces!!” Aku menuju ke mejanya dengan rasa gementar.“S, saya puas hati dengan pencapaian awak dalam subjek Sejarah .Awak adalah antara pelajar harapan saya untuk skor dalam subjek ini. ‘Good luck’” . Aku terharu dengan kata-kata Cikgu E. “Terima kasih cikgu”.Aku pun berlalu dengan semangat baru. Keputusan SPM aku tidaklah mencapai tahap cemerlang lagi terbilang namun aku bersyukur dan bangga kerana dapat memenuhi harapan Cikgu E. Ketegasan dan sikap garangnya itu berbaloi apabila peratusan jumlah pelajar yang lulus dalam subjek Sejarah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.Redha dan restu dari guru adalah segala-galanya bagi pelajar seperti aku.Terima kasih Cikgu E.Didikan dan jasamu tetap kukenang hingga ke akhir hayat. =)

Menaip vs menulis June 22, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
4 comments


Pada aku menulis berbeza dengan menaip meskipun yang ditulis/ditaip adalah susunan huruf-huruf untuk membentuk kumpulan perkataan seterusnya membariskan ayat untuk menyatakan maksud dan difahami maknanya.

Bila aku menulis menggunakan pena, aku lebih berhati-hati dalam membariskan perkataan agar kemas dan senang dibaca. Aku menjadi lebih teliti dan berhati-hati agar tidak tersalah tulis. Aku akui tulisan tangan aku sedikit sebanyak mewarisi tulisan tangan emak, yakni condong ke kanan dan bersambung antara satu sama lain. Bila aku menulis dalam huruf-huruf Besar (CAPS), tulisan aku lebih ke arah tulisan tangan abah. bukti bahawa aku memang anak mereka (|o|).haha. Aku tidak pasti sejauh mana kebenaran teman-teman yang mengatakan tulisan aku jenis yang ‘jiwang karat’.Aku ada ciri romantis rupanya.

Bila jemari menari taipan aksara, aku cenderung untuk menggunakan semua jari-jemari (kaedah yang sepatutnya). ‘Typing Tutor’ aplikasi latihan menaip banyak membantu aku menaip dengan pantas. Tapi aku masih lagi menjeling papan kekunci agar tidak tersalah tekan. Aku tidak nafikan menaip mempengaruhi minda dari segi lontaran idea; lebih mencurah dari menulis tangan. Taipan semakin rancak dan banyak pula cerita yang ingin disampaikan.

Atas galakan seorang teman, aku memohon menjadi penulis di PTS sewaktu di tahun akhir di Taman Ilmu dan Budi. Menurut teman itu, tulisan aku yang dibacanya ada ‘value’. Tidak pula aku ketahui hal itu. Seorang lagi teman aku pernah dalam gurauan mengandaikan kiranya aku menjadi novelis, dia antara pembaca setia tulisan aku. Hati tercuit mendengarkan itu. Aku disuruh seorang kakitangan PTS untuk menulis karangan bertajuk ‘Guruku’ dalam 200 patah perkataan sebagai kayu ukur sama ada aku berbakat atau tidak dalam menulis. 2 hari lagi kertas peperiksaan akhir, namun yang dipulun aku ialah karangan itu. Seorang demi seorang teman aku berikan karangan itu untuk dibaca dan dinilai dari kaca mata mereka. Bagus. Itu jawapan mereka. Setelah ditambah-kurang sana-sini, aku mengirimkan karangan itu melalui emel. Seminggu selepas itu,aku mendapat panggilan untuk ditemuduga. Gembiranya aku waktu itu. Kebetulan peperiksaan sudah habis, aku pula lapang di rumah, maka tiada masalah bagi aku untuk ke pejabat urusan mereka yang terletak di Bentong, Pahang. (berapa banyak ‘itu’ daaa..=P)

Namun hajat tidak kesampaian bila abah dan emak merisaui keadaan aku di sana bila ingin bepergian tanpa teman. Abah tidak merestui, emak menuruti dan aku hanya mampu berdiam diri, akur dalam paksa. Abah suruh aku bersabar dalam mencari pekerjaan yang sesuai. Katanya bukan dia tidak galakkan cuma aku perlu bijak dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang 4 tahun pengajianku. Jadi memilih kah aku?? Sedih.Itu sahaja perasaan aku di kala aku teruja mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian. Aku seperti cacing kepanasan di rumah saat melewati hari temuduga itu. Emak memahami namun hanya memandang dari kejauhan.Pujuk emak, aku akan dapat pekerjaan yang lebih baik dan sesuai dengan bidang yang aku ambil yakni IT. Dan aku meng ‘amin’ kan saja sepenuh hati….

3 bulan bekerja kontrak secara sambilan di UIA, aku mahukan cabaran yang lebih. Aku mengambil risiko mengikuti program intensif dalam pengaturcaraan komputer selama 9 bulan sedangkan teman seperkuliahan aku sibuk menghadiri temuduga untuk terus bekerja. Aku fikir, aku perlu melabur untuk diri sendiri demi masa depan. Program ini ku ikuti dengan sabar sehingga selesai.Alhamdulillah aku kini bekerja di kompeni tempat aku jalani praktikal dalam bidang IT.

Dan sehingga kini aku menyedari aku sebenarnya ‘penulis + penaip’ tapi dalam ruang lingkup minda yang berbeza.Pengisian yang ditulis atau ditaip tidak semudah menulis blog tapi lebih menjurus kepada mencari penyelesaian masalah….aku menaip sambil mengaturcara aplikasi….yang bisa membuat kepala ku pusing..haha! Namun begitu moga otak kiri dan kananku dapat dieksploitasi semaksima mungkin ke arah kemajuan diri, insyaAllah 😉

Walau apapun yang terjadi, aku tetap suka menulis + menaip + mengaturcara (…err mengaturcara??) huhu =P untuk masa-masa akan datang.……..=)

lawak pukul 11 malam June 22, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

kite berjumpa di sini kah???=P

salam….dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat bersama rakan serumah tiba-tiba telefon ku berlagu

Aku:Assalamualaikum

A: Waalaikumussalam..syikin, abg zam nie , nak mintak tolong sangat….(berbunyi kecemasan)

Aku: Err..abg zam?(dalam hati emm yang mana nie , aku kenal abg zam abg kepada dini, bestfriend aku..dia ejen takaful =P) ye ,ada apa?

A: Abg nak mintak tolong nie..boleh la syikin tolong abang

Aku:Err…insyaAllah kalau boleh sy tolong…(dlm hati nie mesti nak $$ emm tp knp tanya aku pulak isk isk)

A: Abg nak pinjam duit la tak banyak…RM 50 jerrr..esok abg ganti RM60, boleh tak?boleh laaa

AKu: Err nak hari ni jugak ke? (aku masih tertanya2 abg zam mana nie, sebab suara dia tak sama pulak dengan abg kawan aku…hmmm  ,penuh persoalan berlegar di minda)

A: Ala,,kat pondok telefon yang kita selalu jumpa tu..(hah?selalu jumpa eh aku tak pernah lak jumpa sesiapapun kat pondok telefon….pondok telefon??) ..buat2 tak tau  pulak…yang kita mula2 jumpa tu…(erk!sah aku mmg tak tau)

AKu: (meskipun begitu aku berminat nak ambil tahu) Emm tak sure la, kat mana tu,banyak je pondok telefon

A:Kat tepi sekolah laa….ala sekolah tu ish tak perasan pulak nama sekolah nya…boleh la abang tunggu situ..

Aku: sekolah??jalan apa? ish pening laa…hmmm(aku bercadang nak tamatkan saja perbualan nie)……sy rasa awk nie salah orang laaaaa

A: hah? ni syikin kan..betul la

Aku:ye sy memang syikin..tp syikin lain laaa…hahahaha..ape daaa (aku ketawa mengejek kuikui)

A: peh!biar betul …. arghh  hampeh*&^&*%^……(bunyi riuh seperti ketawa..) tut tut tut (talian terputus)

Aku masih lagi sengeh geli hati megenangkan perbualan ringkas dengan ‘abg zam ‘ tadi.. huhu bahaya sungguh la si ‘syikin’ tu kalu dapat pakwe cenggitu..dah la nak pinjam duit nak pulak tengah2 malam .Ok kot ye pun nak pinjam tunggu la besok …wallahualam

Namun apa yang penting pasti lelaki tu berasa amat malu walaupun tak kenal rupa..dan aku sedikit hairan camana leh ada nombor aku dengan nama yang sama gak cam aku..ish!!  haha nak pinjam 50 hinggit…huhu

pertemuan itu rezeqi June 13, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
2 comments

img_1325.jpg

MyGirls’ Day Out at Genting

~risha,farah,shida,iba,intan & B) ~

salam

Ukhuwwah itu rezqi.Senyuman itu rezqi.Pertemuan itu rezeqi.Alhamdulillah atas kesempatan itu.Hanya dengan izinMU jua, wajah-wajah ini bertemu untuk sekian kalinya meluangkan masa dan rasa di sana.

Sememangnya aku rasa ini adalah satu rezeqi.Di waktu yang sibuk dan padat ini memang sukar untuk mengatur sebuah pertemuan lebih-lebih lagi mengikut seperti yang dirancang.Namun di mana ada kemahuan di situ terbuka jalan dan di mana ada usaha ke arah kerjasama di situ akan dipermudahkan cara. Lantas itu, sekali lagi aku rasa bersyukur atas rezeqi ini. Moga ukhuwwah yang terjalin tetap mekar meskipun lewat di telan zaman…

Semalam di sana June 8, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
3 comments

salam..

Hari JUMAAT, antara hari yang aku suka sebab esok lusanya hari Sabtu dan Ahad. =). Aku ke pejabat dari Hotel Park Royal. Semalaman aku di sana. Bersama…ibu dan kawannya Auntie Habibah. Sebenarnya 8 orang delegasi dari HBUK menghadiri konvesyen di hotel itu termasukla emak. Kebetulan di KL, mak ajak aku temani dia malam itu sebab auntie Habibah ada temujanji dengan rakan-rakannya di luar. Balik dari pejabat, aku berkemas apa yang patut dan menuju ke sana. Aku ingat nak ajak mak jalan-jalan di sekitar Time Square tapi terlambat pula sebab mak dan kawan-kawannya terlebih dahulu ’round-round ‘ di situ. Kami pun pulang ke hotel dalam rintik hujan. Tiada apa agenda menarik yang dilakukan malam itu, hanya sembang-sembang tentang kerja kerana masing-masing dah mula menyepetkan mata.  Dalam kesejukan malam ditambah pula dengan air-cond, kami menikmati kebab-al-masywi dari Kyros Kebab yang mula suam-suam kuku sambil menonton cerita ‘Susuk’. Agak kecewa malam itu kerana mak dan aku masing-masing minat mengikuti perkembangan ‘So you think you can dance’ di tv8 tapi tiada pula siarannya. Selepas gosok baju, masing-masing lena diulit intan.Pagi esoknya, selepas menikmati brekafast yang disediakan mak (huhu mak nie so sweet..) aku bergegas minta diri. Jauh tu nak menapak ke setesen Star Hang Tuah. Mengalir keringat dingin aku hingga lah aku selamat tiba di pejabat. Sempat lagi aku menghantar SMS kat emak “Mak, thanks for the yummy breakfast. Selamat berseminar & take care!” dan emak membalas “Ok.Take care”.

Sementara menunggu bas di Dato’ Keramat, jauh fikiran ku malayang. Aku terfikirkan emak. Dalam usiaku mencecah 25 tahun bulan September ini (insyaAllah) aku dengan mak lebih kepada  sahabat, teman yang boleh dibawa berbincang dan bersembang. Apa-apa aje la topik persembangan kami, tapi kalau sentuh saja bab kerja mak, aku akan menjadi pendengar yang setia..=). Mak seorang ketua jururawat di Hospital Psikiatri, HBUK di Tg.Rambutan |o|…Cukup sudah awal tahun ini mak disibukkan dengan akreditasi di mana tanggungjawabnya sebagai setiausaha menuntut komitmen tinggi darinya. Kini mak boleh menarik nafas sedikit lega bila sesi pengauditan sudah berakhir dan berbaloi dengan hasil usaha teman sekerja ke arah akredetasi itu….

Mak tak pernah memaksa anak-anak dalam membuat keputusan, cuma diberi nasihat dan pandangan sahaja.Namun jika keadaan menuntut dirinya dan juga abah untuk membuat pilihan, keputusan akan dibuat. Biasalah ibubapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Dalam soal jodoh pun begitu, terserah pada kami adik-beradik.

 Sentuh soal jodoh kan..hmm…mak-mak menakan aku kata aku sepatutnya dah ber’anak’ sorang dua dah. Huhu..Kenduri sepupu aku di Taiping 2 jun lepas aku dihujani dengan soalan-soalan yang jawapannya hanyalah senyuman dari aku.Mak  pun sama, disoal dengan soalan-soalan yang serupa. Aku faham. Faham sangat. Tapi soal jodoh ni bukan semudah menempah bunga telur atau menghias bunga manggar. Lain orang lain jalan jodohnya. Cuma aku kasihankan emak. Sampai suatu hari di rumah waktu aku dan mak bersarapan bersama-sama, mak bercerita tentang program motivasi yang dilihatnya pagi tadi di tv1 oleh seorang pendakwah bebas. Mak kata  pepatah timba cari perigi masa kini sudah tidak relevan lagi. Zaman Rasulullah dahulu, Saidatina Khadijah yang memulakan perkenalan. Niat yang baik disusuli cara yang baik insyaAllah dipermudahkan urusan olehNYA. Mak pernah meluahkan hasratnya, mengadakan kenduri aku dan Kema(adik bawah aku) serentak. Senang nak ‘handle’ kenduri nanti, kata mak. Dalam 4 adik beradik, aku dan Kema perempuan dan lagi 2 orang Amin(19) dan Nash (16) lelaki. Jadi betul jugak, senang cerita nanti.Aku mendengar dan tersenyum. Aku faham benar maksud mak. Kata mak lagi, jangan memilih sangat, yang penting agama dan pendidikan, rupa dan harta bukan kritiria utama. Dalam hati aku bersyukur punyai emak yang tak lokek memberi nasihat dan pandangan secara terbuka dan memahami. Segala tinggi puji hanya bagiNYA atas anugerah ini. Moga mak dan abah sentiasa diberkati dan dipermudahkan urusan oleh NYA, amin!!dan yang menggelikan hati aku, abah, selalu mersik berita dari mak kalau-kalau aku ada apa-apa ‘berita’ yang nak disampaikan.hehe.  InsyaAllah ada jodohku, tak kemana ;). Itulah jawapan aku pada mak.

 Walau apapun, aku seronok malam itu, sebab dah lama tak tido dengan mak (huhuhu) . Bukanlah bermaksud aku nie anak manja ke, asyik berkepit ngan mak ke, atau yg sewaktu dengannya, (sebab mak antara mereka2 yang menggalakkan aku gi Brunei =P,rebut peluang katanyer isk isk..)ntah ye atau tidak la berita tu. Sementara itu, adik-adik aku yang tengah berkumpul di rumah dengan abah sempena cuti exam, cuti sekolah seperti jeles ngan aku dan mak yang menyantaikan diri di hotal 5 bintang itu sambil minum-minum kopi. Hehe….

Kami tidak kaya,kami tidak pula miskin,tapi kami sederhana, kaya dengan kasih sayang, naik turunnya air,pasang surutnya banjir, hujan kemarau dalam keluarga tetap kami beryukur kerana itu antara cabaran dalam misi kehidupan…pen off!

tawa dalam tangisan =P June 5, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

huhuhus

salam….

Hari ni, aku langsung tiada mood nak kerja. Sakit gigi penyebab segalanya. Gigi aku yang bongsu dah tumbuh dah tapi kesakitan di situ terasa kini dan berulang lagi. Mahu membesar lagi kah?Gigi yang sakit menyebabkan pipi kiri terasa sengal dan seperti bengkak, seolah menambah isi pada pipi kiri aku membuatkan ketidakseimbangan mula berlaku, pipi aku senget sebelah! huhuhu..

Malam semalam ianya mula menyerang. Adui,sakitnya berdenyut-denyut membuatkan nasi kerabu yang memang sedap itu pun terasa tawar. Hilang sudah nikmat makan aku selama ini. AKu masih mampu tersenyum dalam kesengalan gusi dan pipi namun mungkin sedikit pahit..kuikui..Aku akan ke klinik nanti. Wahai Gigi bongsu, bersedialah kamu!!! hahaha!! =P

seni bicara June 4, 2007

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

“membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul….”

sembang pengacara MHI , Fetri yang memetik kata2 bekas pengacara Sekapur Sireh TV3 ~ Crhistine ng~