jump to navigation

Aktif May~ April 30, 2008

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
2 comments

assalamualaikum~

Esok 2008 bakal melalui hari-hari dalam bulan Mei, yang terkenal dengan ‘hari-hari’ istimewa.

1/05/2008 – Hari pekerja. Aku cuti. Pada yang overtime hari esok, tripple payment =). Tapi aku tak OT.Sini takder maknernye OT sebab in my field of work, u are  treated as volunteer.Huh kejamkan? =P

11/05/2008 – Hari Ibu. Pada aku hari-hari sepatutnya hari ibu. Sebab ibubapa sentiasa dikenang dalam doa , dirindui dan diingati jasa dan kasih sayang mereka tanpa perlu menetapkan hari untuk berbuat demikian. CUma pada pendapat aku, tak salah jugak kalau ada satu hari untuk meraikan  insan mulia bergelar ibu kerana saat mengandung hingga melahirkan hinggalah naik pangkat kepada nenek, moyang jasa mereka tak terbalas dek wang ringgit.

12/05/2008- Hari Jururawat sedunia. Aku bukan jururawat nak meraikan hari jururawat sedunia ini. Tapi aku anak kepada jururawat (sekarang  ketua jururawat ) juga mempunyai 6 orang sepupu yang bekerja sebagai jururawat. Penting jururawat nie, tak kiralah jururawat lelaki ke perempuan ke, sebab doktor bukan boleh buat semua perkara maka bantuan mereka ini amatlah penting di hospital mahupun di klinik-klinik desa.Hmm tu je…no komen.huhu

16/05/2008 – Hari Guru. Waktu aku sekolah rendah pernah aku bungkus kotak tisu Klennex yang menarik jugak corak kotaknya  dengan pembalut hadiah yang aku beli di kedai alat tulis sekolah untuk dihadiahkan pada pada cikgu kelas aku. Niat aku cuma satu nak bagi hadiah kat cikgu, tp tak terlintas sekuman pun niat nak mengenakan cikgu atau yang sewaktu dengannya . huhu. betul!! Aku ikhlas nak bagi, tapi takde idea bernas nak bagi apa, memandangkan duit poket aku waktu tu pun cukup makan untuk aku beli segelas air sirap dan sepinggan nasi lemak bersaiz medium setiap hari. =). Aku pun selongkar setor rumah dan terjumpa kotak tisu yang memang menarik corak kotaknya, maka dengan rasa gembira melihatkan corak kotak tisu yang berwarna-warni aku berharap cikgu pun gembira menerima hadiah tak seberapa itu dari anak muridnya ini. =). Cikgu-cikgi sekalian, jasamu kukenang dalam doa. Terima kasih!!!

19/05/2008: Emm hari wesak. Kepada sesiapa yang menyambut hari wesak, happy wesak day. AKu? yang penting aku cuti hari tu..emm cutikah?

Banyak juga hari-hari lain seperti Hari belia negara, Hari keluarga kebangsaan, Pesta menuai padi sedunia (kalau tak silap aku lah) semuanya dalam bulan Mei.

Apapun aku lebih tertarik dan berpengalaman meraikan hari ibu dan hari guru dan untuk tempoh 2 tahun nie aku dengan rasminya menyambut hari pekerja huhu =P.

Sekarang masih lagi terfikir-fikir apa nak buat sempena hari ibu sebagai meraikan mak yang amat-amat aku sayang….hmmm..think, think….=)

aku wktu kecik  waktu kecik dan tak kecik =Pwith beloved mak

nie coretan aku wktu hari ibu 2007~ pengharapan dan perasaan yang masih sama tika ini….=)

Walaupun rasa terima kasih dan penghargaan sepatutnya tiada pengkhususan hari-hari tertentu namun tiada salahnya kiranya hari Ibu,hari istimewa ini diwarwakan untuk menyatakan bahawa ibu adalah ‘seseorang’ insan yang amat bermakna dalam dunia ini.Sekuman rasa terima kasihku tidak dapat menandingi selaut kasih dan pengorbanan mak yang tidak jemu menadah tangan tuanya mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya. Tangan itu, pernah kurasa bisanya bila badanku dicubit,ditampar atas kenakalan ku, tangan itu juga pernah membidas rotan bila aku dan adik bergaduhan sesama sendiri sebagai pengajaran namun tak pernah ku serik, tangan itu pernah memulas telinga ku kerana pulang lewat petang leka bermain hingga terbit senja merah namun tangan itu jua yang menyuapkan nasi ke mulutku, mencuci mandi berakku ketika ku bayi, membelai mengendongku ketika ku menangis, memimpin tanganku melintas jalan, menunjuk ajarku mengenal huruf abc, alif ba ta, juga memaut tubuhku yang teresak menangis ketakutan…
Kini tangan itu, sudah berkedut, timbul urat-urat tua, masih lagi bisa ku rasa kepanasan kasih sayang seorang mak yang takkan pernah lenyap selagi hayat dikandung badan. Ku salam,ku kucup tangan itu dengan penuh rasa terharu dan penuh harapan agar restunya mengiringi setiap langkahku selama berkembara  berjuang di bumi
ini.Air tangan mak mendewasakan aku sekarang..terima kasih mak.

Aku tak mampu nak hadiahkan mak hadiah mewah… Ku tahu mak pun tak pinta
itu semua. Memadai dapat melihat aku , kami anak-anak di depan matanya, sihat dan ceria di sisinya. Aku membuatkan disert mangga istimewa buat mak. Trifle mangga yg pernah ku belajar membuatnya dari marini, housemateku yang memang rajin dalam bab masak2 nie..selepas membeli belah di giant sempat juga ku belanja pizzahut buat makan malam hari itu. Malam itu, aku dan emak sambil bersembang santai, disert sempat disediakan. BOlehla dimakan esok pagi.Esoknya, mak merasmikan dissert mangga, kemudian abah..hehe sedap kata mereka.Alhamdulillah..aku cuma tersenyum kembang menerima pujian dari abah =P..susah jugak abah nak puji masakan aku nieh huhu..apapun kemanisan disert mangga menyerlahkan lagi warna2 ceria hari Ibu bila kami makan dan duduk bersembang 3 beranak di dapur sambil menjamah manisan yang tak seberapa itu….what a nice and good feeling…aku cukup bertuah dan berbangga punyai mak, dan berharap mak juga berbangga dan sejuk melahirkan aku sebagai permata sulungnya dari dulu hinggalah kini…

k, chow!

PAC instun~in memory April 28, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
2 comments

assalamualaikum..

alhamdulillah, aku dah lepas PAC di instun. (institut tanah dan ukur negara, behrang, perak) bermula 25-27 April 08, 3 hari 2 malam.

so far aku enjoy je semua aktiviti. Tekanan mental tu tetap ada tapi bila memandangkan semua calon pun berkongsi perasaan yang sama jadi lama-kelamaan perasaan tertekan tu kurang sikit demi sedikit =). Di sana seperti yang aku jangka , aku jumpa member se’u’ termasuklah dari kuliyyah senibina, sains sosial, undang2, engineering dan IT (aku laa..uhuhu). Kali ini calon dari kaum india dan cina pun ramai…dan aku berkenalan dengan sepupu  Jhon isaac member skolah lama aku yg bernama Dick..huh!kecik sungguh dunia.

Bab yang paling aku enjoy ialah lari 2.4 km dalam masa yag ditetpkan..heee..i manage to finish the run within the expected time..huh !nak longgar kepala lutut nieh…aku seiring dan sejalan dengan liza, member yg sama2 join kayak dulu…walaupon dah lama tak lari2..tp mungkin jog di titiwangsa membantu sedikit dari segi stamina yg ciput nieh!

the rest xtvts; debate, pengucapan awam dan public speaking, so far aku rasa aku dpt lalui dengan tenang walaupun tak lah secemerlang mana….yg penting my self measurement samada competent with other candidate or not… sekurang-kurangnya kita dapat mengagak tahap keyakinan diri dan tahap pengendalian tekanan diri dalam situasi2 tertentu…=)

so…sebulan dari sekarang, mungkin result whether aku dapat meneruskan perjuangan atau pun tidak..tungguuuu…..apapun terpulang pada rezeqi..saingan amat sengit…ada rezqi ada laa…..kalau takde pun aku tetap hargai pengalaman PAC nie….=)

ok, chow!

 

 

INstun, here i come ~=P April 19, 2008

Posted by a****** in Uncategorized.
3 comments

assalamualaikum~

Dalam posting aku bertajuk ‘bila buhsan…’ aku ada mention pasal peperiksaan PTD yang aku amik tu and the result was pass. Jadi for the next level, i need to attend another assessment so called PTD assessment centre di INSTUN, Behrang, Tg Malim selama 3 hari bermula hari jumaat 25 april hingga 27 april (ahad) . Kelulusan dalam peperiksaan  yang diluar jangkaan ini membawa aku kepada satu lagi tahap kecemasan jiwa yang mungkin aku akan alami sewaktu PAC tu nanti. Aku ada buat homework sikit tentang PAC,antara agenda PAC termasuklah public speaking english/malay, brainstorming session, fitness assessment dan debate. Huh, menarik tapi cukup untuk membuat aku tak senang duduk sekarang nie. 

Adalah hampir seminggu aku berkawan baik dengan surat khabar dan juga buku2 pengetahuan am..huhuh….for the sake of PAC. ‘Mereka’ adalah sahabat aku dunia akhirat di kala ini… huhu.  Takpe, itu jugak merupakan salah satu usaha aku dalam menyiapkan diri untuk PAC …=) cuma konflik dalaman nie yang perlu aku adjust semasa berada di sana nanti. Ramai kawan aku yang berjaya jadi PTD berpesan supaya tidak over, tidak menunjuk-nunjuk bagus, tidak hiprokrit sepanjang PAC tu nanti. ‘Just be your self and do the best’.Hmmm tp aku macam paling suka bab lari tu…aku akan pastikan i’ll finish the 2.4 km within recommended time which is 10 minutes!huh poyo!..dengan keberatan dan stamina yang aku ada sekarang nie i’m not sure whether i can make it or not… hmm just wait n c..

Apapun ni semua hanya kerana mak dan abah yang tak jemu-jemu telefon aku mengingatkan aku akan exam PTD setiap kali surat panggilan exam terselit di mulut peti pos kat pagar rumah..aku menurut tanpa bantahan tp jauh di sudut hati harapan yg disandarkan hanyalah tipis pada sebuah kelulusan. Bila dah lulus, PAC pula mengundang debaran. Because this is my first time, dan mak pulak tak henti2 ingatkan aku pasal hal ehwal isu semasa lagi sensasi tp bukan kontroversi …huahua..ting tong!!

Dah la.. Aku malas nak risau2 pasal public speaking tu…dah suh berucap so ucapje lah..what’s the problem then ? (ayat penyedap hati)…..Yang penting  bab kata putri ‘kita enjoy!!!’…heeeee =D

Tapi cuti nie nak kena apply pulak..huhu mickey kasi approve aje laaaa!!!!

 

Grooming Part 2 :Personal Traits April 13, 2008

Posted by a****** in Uncategorized.
2 comments

assalamualaikum~

Khamis::10 April :: Edaran’s Training Room:: 8:30 pg – 5:30 ptg ::Personality Discoveries::

Sesi ke-2 kali ini, lebih membawa kami kepada eksplorasi diri iaitu mengenal peel sendiri, inner and outer strength that belongs to us so that ianya dapat memperbaiki pembawakan diri kita dengan lebih baik dan matang pada masa-masa akan datang =P uhuhu…

Antara yang perkara menarik sepanjang sesi itu :-

Body Language~ cara duduk, cara berdiri, cekak pinggang ker, peluk tubuh ker, silang kaki, cara bersalam tangan, semuanya memberi makna tersendiri tanpa disedari, sebab antara makna itu termasuk si pelaku bersikap reserve, bosan, autokratik, pasif, tidak berminat, blurr, dominan, menurut dan banyak lagi………

Personaliti Traits ~ Masing2 diberi questionnaires di mana jawapan2 yang diberikan, apabila dihitungkira jawapan yang diperolehi akhirnya membawa kita kepada 4 kategori personaliti yang digambarkan melalui burung merpati, merak, helang dan burung hantu. Aku dalam kumpulan burung merak…huhuhu…dan cuma seorang jer burung hantu heeee…hmmm, nanti aku akan buat posting khas untuk kategori burung2 dan ciri-cirinya sekali. TUngguuuuu…

Salah satu slot yang ingin aku cerita ialah di mana kami semua dikehendaki menampal kertas kosong di balakang badan dan masing2 menulis karakter atau apa-apa perkara tentang tuan punya badan tu….so macam-macam la ditulis, tapi bukan lah kata nak memuji atau mengutuk atau yang sewaktu dengannya..sebab benda yang ditulis itu adalah first expression sejak hari pertama kursus grooming nie diadakan. Walaupun kami semua satu kompeni tapi tak semua yang kenal-mesra antara satu sama lain. So my result is as follows:

their first expression on me

these are the result of their expression about me..huhuhu.. hmm tul ker??

Last but not least, at the end of the prgoram, kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk melakukan apa2 aktiviti samada menyanyi,berlakon atau apa-apa aje yang menggambarkan karekter brung-burung itu…huhu dan kumpulan aku mendapat karekter burung helang.

So far , the whole program was ok laa.. kadang-kadang macam dalam kem motivasi pulak aku rasa..hehe…apapun yang penting input, informasi dan pengalaman baru memang kedapatan sepanjang 2 hari berkursus grooming….=)

sykn’s: love urselves…=)

 

 

what i’m just realize~ April 12, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
add a comment

assalamualaikum~

lokasi:opis

masa:12:29 pm

objektif: kerja+’home’work,,,,, volunteer-based (no charge laaa huh mana ada OT kat sinih!)

Semalam, jumaat 11/04, HOME COMING DINNER was held at Level 5, Admin BUilding, UIAM for x-uiamians from kuliyyah of ICT/SCIENCESS/ISTEC. Sederhana meriah. Muka-muka  komited pada sebuah pertemuan selepas alam perkuliyahan pada satu masa itu adalah seperti yang dijangka :- aiza, apek, keon, halim, wida, syara, fida, haliazni, wani dan aku…dan paksu, pali, ikram, ikmal, murni, ajet, didi, tidak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu walaupun kemahuan itu ada untuk berjumpa.

Masing-masing berbual meng’updatekan’ diri tentang kerja, tempat tinggal, bisnes dan yang paling ingin untuk diketahui ialah ‘status’ hehe…. single but not ready to mingle, single but not available, single and available and looking forward, single for 2 months,3 months..bla bla…uhuhuh… dan yg paling hot ialah back to single…heeeeee…well biasalah laki perempuan tak lepas dari rasa ingin tahu..huhu tapi pandai2 la menghadkan rasa ingin tahu itu, takut nanti dianggap kaipoci tahap dewa.hmm.. tak bagus tu…=)

Dan pandangan aku dicuri oleh seorang perempuan bertudung labuh sibuk melayan seorang budak lelaki berusia lebih kurang 1 tahun bersama seorang lelaki yang memang ku kenal. Oh, kak asma rupanya, dia senior sekolah teknik aku dulu dan suaminya  Rizal senior aku di UIA dalam kuliyah yang sama. Dah besar dah anak sulung dia…huhuhu.. menunjukkan dah lama aku tak jumpa mereka ini semenjak hari mereka selamat berumahtangga….

Aku bersyukur masih dipanjangkan umur untuk pertemuan dengan batch nie, kisah and cerita lama sekali-sekala dibualkan mungkin ingin menimbulkan kemesraan antara kami, sedikit sebanyak menyedarkan kami di mana kami bermula untuk berada pada waktu sekarang..=)

Aku pada waktu sekarang?

hmm..aku sebenarnya masih mencari kepuasan dalam bekerja..namun masih tetap meneruskan tugasan sekarang.Susah nak terangkan situasi aku cuma cukup kalau aku kata i’m not very happy to be here….=) ~

Grooming: Duit manja..~?? April 8, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
add a comment

assalamualaikum~

Semalam seramai lebih kurang 20 orang staff (perempuan) disenarai pilih (men-sukarelakan- diri) mengikuti kursus ‘Grooming’ dari Anggun Estetika Sdn Bhd yang menampilkan Puan Zarina (kakak kepada pengacara Explorace Kids-Azura) dan rakan kongsinya Juliana, beautician sebagai ‘groomers’ pada hari itu. http://www.anggunestetika.com/ 

Pelbagai aspek disentuh termasuklah segmen yang ditunggu-tunggu iaitu ‘self-make over’  2 jam sebelum kursus hari pertama  yang berakhir pada jam 5.30 petang. This is my first time attending grooming course.  Jadi tipulah kalau rasa tak seronok. =P..Sepanjang hari kursus yang diadakan di bangunan edaran, antara aspek yang ditekankan ialah:

Keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai

Persepsi utama yang dijadikan faktor pembawaan diri ialah: The way u see yourself, The way others see you, The way YOU want to be seen…

Anda adalah apa yang anda fikirkan. =)

Aku tertarik dengan istilah ‘duit manja’ seperti yang diutarakan oleh Puan Zarina. Duit manja bukan bermakna memanjakan duit bukan pula duit itu bersifat manja tapi duit manja itu adalah peruntukan sebahagian wang gaji hasil titik peluh sehari-harian untuk memanjakan diri. =)

Contohnya seperti membelai diri di pusat-pusat spa, aromaterapi, sauna, face and body facial , cuci rambut, manicure/padicure dan yang sewaktu dengannya lah. Hmm bukan tak boleh buat sendiri pada diri sendiri tapi itulah yang dikatakan manjakan diri…Bagus juga, sebab ‘manjakan diri’ ini membuka peluang perniagaan dan pekerjaan juga pendidikan pada industri perkhidmatan khususnya penjagaan diri. Di mana ada permintaan di situ ada pengeluaran. Dan wanita memang sinonim dengan kecantikan dan sentiasa mahukan yang terbaik buat diri tanpa mengira usia. Hello, nenek-nenek sekarang pun ‘hot’ tau , kalau tidak takkan lah ada peserta begelar nenek yang mencuri perhatian Akademi fantasia musim baru ni…heeee… Pada si isteri semestinya ingin menambat hati suami, pada yang masih bujang pastinya sebagai strategi ‘marketing’ ..almaklumlah kadar saham harus dijaga huahua…=P..that’s true.. Kecantikan pada wanita melanda kaum hawa tak kira bandar mahupun di luar bandar. Sedangkan nenek kita pun masih lagi berbedak sejuk..huhu apa kes?Pastinya untuk memelihara keanggunan semulajadi anugerah Ilahi ….=)

Satu lagi info tentang bagaimana pembawaan diri kita memberi pengaruh dominan terhadap orang sekeliling ialah bak kata puan zarina nie, manusia tidak dapat tida mengambil masa 7 saat untuk membuat first screening terhadap seseorang yang dijumpai tak kiralah atas urusan bisnes ke, atas kenal-kenalan ke dan yang sewaktu dengannya maka 7 saat data itu yang tersimpan terlebih dahulu dalam otak kita untuk menilai orang tersebut…huhu memangla don’t judge book by it’s cover tapi sekarang nie cover pun memainkan peranan penting dalam mengintepretasikan isi di dalamnya…agree???

55% Body Language

38% verbal TOne

7 % Verbal conTent

Peratus2 di atas menujukkan sebanyak mana seseorang itu diberi perhatian oleh umum ketika berucap…huhuhuh…hmm leh cayaker?

Apapun just take note this:

Look GOOD —-> FEEL Good—->Positive Image —–> Confidence Positive Attitude

k, chow!

 sykn’s nie: tiba-tiba mamamiya!!!!….sya** nak tak i temankan u beli tut…. kat las**z* ….

                  n tiba2 gak….UNID!..u dah pakai dah hadiah yang i bagi u tuuu….. !!

uhuhu… pbhtttt…..=P….

bila buhsan… April 4, 2008

Posted by a****** in Uncategorized.
add a comment

assalamualaikum…

bila aku buhsan mula la aku nak bercakap, merepek ker..tp aku tak ganggu orang aku sembang2 sendiri la..tp aku tak pulak craze..walaupon my hometown poskod dia kat tg rambutan..huhuhu….apa ada pada nama…aku bercakap sendiri means blogging la….am i rite??=)

aku cek result ptd…huh..cam tak caya aku lulus..huahua…wktu time aku malas dan tak prepare laaa yg nak lulus…bila aku cam poyo baca buku sejarah form 5, wat sket2 exercise math huhu foyokan…tp time tu la aku gagal…hmm rezqi kot..alhamdulillah.

 so aku nak rasa apa eh, gumbira?biasa jer?tak gumbira? emm entah..aku takde perasaan pun skrg. aku cam nampak bantal ngan selimut tebal jer skrg nie . hehe skrg hujan sangat lebat. bantal tu adalah sinonim pada hujan heeeee…..itu adalah normal untuk manusia normal cam aku , kan kan???merepek dah …huhu..emm  aku ade gak spy forum2 tentang PAC PTD assessment centre…hmm…ok la ada la serba sikit info. Not sure my PAC’s detail, just waiting for the invitation letter addressed to my kg….

sekarang jam pukul 3.13 ptg. menunggu masa untuk chow pukul 5 hari nie. What a gloomy and sleepy friday’s evening..skrg musim hujan, ribut ,petir, angin kencang melanda Kuala Lumpur. alhamdulillah a’la kullihal…….

 Ada task sebenarnya kena siapkan. nyampah tul bila time technical write-up nie..kalau bahasa melayu boleh la aku konpinden nak goreng, bakar ke stim ke…ni in english makes me to double the lenses and also thingking process. Well sebenarnya tu alasan untuk masa dan keadaan sekrang yg mim alip sin nie..uhuhu….cikin wake up!

ok, selamat berhujung minggu.esok nak jog la..hmm……