jump to navigation

Aktif May~ April 30, 2008

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
trackback

assalamualaikum~

Esok 2008 bakal melalui hari-hari dalam bulan Mei, yang terkenal dengan ‘hari-hari’ istimewa.

1/05/2008 – Hari pekerja. Aku cuti. Pada yang overtime hari esok, tripple payment =). Tapi aku tak OT.Sini takder maknernye OT sebab in my field of work, u are  treated as volunteer.Huh kejamkan? =P

11/05/2008 – Hari Ibu. Pada aku hari-hari sepatutnya hari ibu. Sebab ibubapa sentiasa dikenang dalam doa , dirindui dan diingati jasa dan kasih sayang mereka tanpa perlu menetapkan hari untuk berbuat demikian. CUma pada pendapat aku, tak salah jugak kalau ada satu hari untuk meraikan  insan mulia bergelar ibu kerana saat mengandung hingga melahirkan hinggalah naik pangkat kepada nenek, moyang jasa mereka tak terbalas dek wang ringgit.

12/05/2008- Hari Jururawat sedunia. Aku bukan jururawat nak meraikan hari jururawat sedunia ini. Tapi aku anak kepada jururawat (sekarang  ketua jururawat ) juga mempunyai 6 orang sepupu yang bekerja sebagai jururawat. Penting jururawat nie, tak kiralah jururawat lelaki ke perempuan ke, sebab doktor bukan boleh buat semua perkara maka bantuan mereka ini amatlah penting di hospital mahupun di klinik-klinik desa.Hmm tu je…no komen.huhu

16/05/2008 – Hari Guru. Waktu aku sekolah rendah pernah aku bungkus kotak tisu Klennex yang menarik jugak corak kotaknya  dengan pembalut hadiah yang aku beli di kedai alat tulis sekolah untuk dihadiahkan pada pada cikgu kelas aku. Niat aku cuma satu nak bagi hadiah kat cikgu, tp tak terlintas sekuman pun niat nak mengenakan cikgu atau yang sewaktu dengannya . huhu. betul!! Aku ikhlas nak bagi, tapi takde idea bernas nak bagi apa, memandangkan duit poket aku waktu tu pun cukup makan untuk aku beli segelas air sirap dan sepinggan nasi lemak bersaiz medium setiap hari. =). Aku pun selongkar setor rumah dan terjumpa kotak tisu yang memang menarik corak kotaknya, maka dengan rasa gembira melihatkan corak kotak tisu yang berwarna-warni aku berharap cikgu pun gembira menerima hadiah tak seberapa itu dari anak muridnya ini. =). Cikgu-cikgi sekalian, jasamu kukenang dalam doa. Terima kasih!!!

19/05/2008: Emm hari wesak. Kepada sesiapa yang menyambut hari wesak, happy wesak day. AKu? yang penting aku cuti hari tu..emm cutikah?

Banyak juga hari-hari lain seperti Hari belia negara, Hari keluarga kebangsaan, Pesta menuai padi sedunia (kalau tak silap aku lah) semuanya dalam bulan Mei.

Apapun aku lebih tertarik dan berpengalaman meraikan hari ibu dan hari guru dan untuk tempoh 2 tahun nie aku dengan rasminya menyambut hari pekerja huhu =P.

Sekarang masih lagi terfikir-fikir apa nak buat sempena hari ibu sebagai meraikan mak yang amat-amat aku sayang….hmmm..think, think….=)

aku wktu kecik  waktu kecik dan tak kecik =Pwith beloved mak

nie coretan aku wktu hari ibu 2007~ pengharapan dan perasaan yang masih sama tika ini….=)

Walaupun rasa terima kasih dan penghargaan sepatutnya tiada pengkhususan hari-hari tertentu namun tiada salahnya kiranya hari Ibu,hari istimewa ini diwarwakan untuk menyatakan bahawa ibu adalah ‘seseorang’ insan yang amat bermakna dalam dunia ini.Sekuman rasa terima kasihku tidak dapat menandingi selaut kasih dan pengorbanan mak yang tidak jemu menadah tangan tuanya mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya. Tangan itu, pernah kurasa bisanya bila badanku dicubit,ditampar atas kenakalan ku, tangan itu juga pernah membidas rotan bila aku dan adik bergaduhan sesama sendiri sebagai pengajaran namun tak pernah ku serik, tangan itu pernah memulas telinga ku kerana pulang lewat petang leka bermain hingga terbit senja merah namun tangan itu jua yang menyuapkan nasi ke mulutku, mencuci mandi berakku ketika ku bayi, membelai mengendongku ketika ku menangis, memimpin tanganku melintas jalan, menunjuk ajarku mengenal huruf abc, alif ba ta, juga memaut tubuhku yang teresak menangis ketakutan…
Kini tangan itu, sudah berkedut, timbul urat-urat tua, masih lagi bisa ku rasa kepanasan kasih sayang seorang mak yang takkan pernah lenyap selagi hayat dikandung badan. Ku salam,ku kucup tangan itu dengan penuh rasa terharu dan penuh harapan agar restunya mengiringi setiap langkahku selama berkembara  berjuang di bumi
ini.Air tangan mak mendewasakan aku sekarang..terima kasih mak.

Aku tak mampu nak hadiahkan mak hadiah mewah… Ku tahu mak pun tak pinta
itu semua. Memadai dapat melihat aku , kami anak-anak di depan matanya, sihat dan ceria di sisinya. Aku membuatkan disert mangga istimewa buat mak. Trifle mangga yg pernah ku belajar membuatnya dari marini, housemateku yang memang rajin dalam bab masak2 nie..selepas membeli belah di giant sempat juga ku belanja pizzahut buat makan malam hari itu. Malam itu, aku dan emak sambil bersembang santai, disert sempat disediakan. BOlehla dimakan esok pagi.Esoknya, mak merasmikan dissert mangga, kemudian abah..hehe sedap kata mereka.Alhamdulillah..aku cuma tersenyum kembang menerima pujian dari abah =P..susah jugak abah nak puji masakan aku nieh huhu..apapun kemanisan disert mangga menyerlahkan lagi warna2 ceria hari Ibu bila kami makan dan duduk bersembang 3 beranak di dapur sambil menjamah manisan yang tak seberapa itu….what a nice and good feeling…aku cukup bertuah dan berbangga punyai mak, dan berharap mak juga berbangga dan sejuk melahirkan aku sebagai permata sulungnya dari dulu hinggalah kini…

k, chow!

Advertisements

Comments»

1. msrizal - April 30, 2008

Salam ziarah…

2. a****** - May 2, 2008

salam ukhuwwah..rajin2 lah ziarah ke blog yg tak seberapa ini..huhu =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: