jump to navigation

Hari Ibu di Hospital~ May 18, 2008

Posted by a****** in Uncategorized.
trackback

assalamualaikum~

 

Tahun ini hari ibu di hospital kangar..ibu kepada emak aku sakit, jangkitan pada paru-paru namun mujur tidak sampai tahap kritikal. Alhamdulillah….

 Mak sebenarnya tidak sihat sebab batuk2 dan selsema yang berlarutan hamper sebulan. Namun itu bukan alasan emak untuk tidak menjaga tok. Walaupun aku sebagai anak keberatan tapi emak juga seorang anak, takkan senang duduk melihatkan ibu sendiri terlantar di hospital. Dalam tegas dengan lembut mak dengan keputusannya .. “ Selagi mak masih berupaya nie, biarlah mak jaga tok. Lagipun tok pun dah ok sikit nie. Mak just duduk temankan tok jer….Biarlah mak jalankan tanggungjawab mak yang tak seberapa nie..kita tak tahu peluang masih ada esok hari atau tidak…dan mak berharap suatu hari nanti bila tiba masa mak, anak-anak mak ada untuk jaga mak” Aku sedikit sebak.Dan aku faham situasi itu. Dalam hati aku hanya berdoa moga kedua-dua ibu ini sihat dan cekal dalam peliharaan DIA. Esok lusa aku dan kema menawarkan diri menjaga tok. Aku berharap sangat mak dapat berehat di rumah memandangkan batuknya tak juga surut2.

 

Giliran adik aku, Kema pada waktu malam sampai subuh. Kema bagitahu, pelawasan tok semakin baik. Dia temankan tok mandi, membuang2 segala ‘toksin’, dan menukar lampin tok. Dalam hal nie aku akui kema memang cekap berbanding aku. Mungkin kerjayanya sebagai physiotherapist di hospital ipoh banyak membantu dia dalam ‘public relation’ dengan pesakit, mahupun kakitangan hospital…

 

Esok paginya giliran aku. Aku turut membantu kema menukar lampin tok buat kali ke-2. Fuh kudrat jugak..dengan bebanan berat tok tak mungkin aku dapat buat sorang. Dan tok tak boleh bergerak banyak sebab cepat keletihan dan blood pressure mudah naik. Jadi ada teknik tertentu untuk memudahkan pemakaian lampin kepada orang2 tua yang tak berupaya membuang air kecil. Dan aku kagum dengan semangat tok yang turut berkerjasama dan tiada masalah dalam memakan ubat mahupun sarapan pagi serta tengahari…Tok mintakan aku sikat dan sanggulkan rambutnya yang sejemput itu. Aku menurut . Aku minyakkan rambut tok sambil urut dan sikat rambut tok…seketika aku sebak…dalam waktu begini tok masih menitik beratkan soal kebersihan dan kerapian…aku sanggulkan kemas rambut tok sambil menyarat sebak dan insaf dalam dada. Tok tidur dan mata aku memandang pesakit2 lain. Dan aku terfikir, anugerah kesihatan yang Allah bagi amat bernilai dari harta benda. Dan aku bersyukur atas nikmat itu. Terima kasih tuhan..andai suatu hari nanti nikmat kesihatan ini ditarik aku akur, mungkin itu kifarah pada dosa-dosa aku yang berlambakan selama aku berkhalifah di mukabumi ini…kekuatan hati tetap berpegang kepada jaminan allah dalam doa lazim “ Ya allah , janganlah bebankan aku dengan perkara yang tak upaya aku pikul….” Dan aku mohon kekuatan itu dalam apa jua keadaan….

 

Suatu pagi sebelum bertolak balik Ipoh, aku berkata pada emak

 

“Mak, kali ni hari ibu kita di hospital…..mak jaga tok di hospital…dan akak n kema pulak teman mak jaga ibu mak dan support mak walau apa jua terjadi…”

Dan mak hanya tersenyum ……….

 

 

Kami singgah menjenguk tok sebelum balik ipoh. Keadaan tok makin stabil. Makcik aku yakni adik bongsu mak juga seorang staffnurse di hospital yang sama mengatakan tok akan disjac tak lama lagi..alhamdulillah. Kini ramai saudara-mara turung padang…atas tuntutan tugas, kami tiga-beranak kena pulang kembali dengan hati sedikit berat.

 

Aku dan kema meminta izin untuk pulang. Tok memulakan bicara sambil senyum…

 

Tok: “kema dan Syikin dah tak jaga tok lagi ker….?”

Kema: Tok….kema dan akak pulang dulu, nanti kami mai jenguk tok lagi insya allah…tok jangan risau, k….nanti kema jaga tok…..

 

Tok: hmm..baik-baik jalan…

 

Aku dan kema mengucup tangan dan memeluk tok…cepat2 melangkah keluar dari wad itu dengan hati yang sebak….sangat sebak…takpe, nanti kitorang dating balik jenguk tok…mesti tok makin sihat insya allah…pujuk hati aku……..

 

Ya Tuhan, aku bersyukur pada Mu atas penganugerahan wanita-wanita ini kepada ku… Kiranya suatu hari ini, anugerah-anugerah ini ditarikbalik, aku pohon moga kekuatan mereka , kecekalan dan ketabahan mereka dapat aku warisi dan turuni pada generasi aku kelak…….amin…..

 

Advertisements

Comments»

1. sadam7 - July 24, 2008

ass’kum,
hi tante… mami aku dulu juga kuliah di Malaysia ( UPM ) food science and biotechnology – M.Sc programme, juga pernah dirawat di rumah sakit Kajang, tapi ketika itu aku belum ada.
aku bertandang sammmpai ke blog tante karena ada link “rancang” outomatically generated di blog aku.
visite donk blog aku, aku baru belajar “ngeblog” nih, ajarin aku bikin blog yang ca’em ya…
salam,
dari :
daffa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: