jump to navigation

My now~my updates~ August 25, 2008

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
add a comment

Assalamualaikum~

1:55 am ~ 26th August 2008

First of all….lagi 5 hari sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 51!wah..dah mencecah separuh abad.Alhamdulillah..aku masih berkehidupan di bumi bertuah  sehingga kini.

Banyak yang aku nak luahkan di sini. Untuk memudahkan lagi ceritera , aku pecahkan kepada beberapa segmen (huhu cam program tv pulok!) ;P

Edaran KOmputer Sdn Bhd.

Dah hampir 2 minggu aku menamatkan tugasan di kompeni yang mula-mula menjadi tempat aku mencari rezeqi di samping menimba dan mencedok pengetahuan dan pengalaman di sana. I really miss those time when the ‘geng’ messing around with CMMI things + the FOSIM client keep chasing and commenting on the systems + hearing theSuper MickeyMouse talking about anything  he wants huhuh + huha and snapping photo out of sudden and the victims are those who belongs to CMMIteam.blogspot (really miss u guys) + and bla bla….=)

Prestariang Systems Sdn Bhd

This is my new company that i’ve worked for about 2 weeks. Still freshies..huhu. Thanks god the staff there were friendly and owned strong teamwork spirit even the SVPs also keep their hands dirty =). And i came in during the project’s time in peak hour and everything needs to be captured quickly. Drove along the way from Wangsa Maju to Cyber Jaya were quit hectic, and moving to Persint 9 is a very very good idea. Today is my last packing of things and starting tomorrow my daily life will begin at the strict of Putra/Cyber jaya ..can imagine what a boring life there huh!!!!!!huhu i’m gonna miss my alpha angel…isk isk…

Wangsa Maju, Block D

This is where i stayed for about 1 year. All the Struggling and hounting seeking for new tenant  for about 2 months to continue the rental were success at last. Alhamdulillah, we got back our deposit and the things become much more easier when everything about the rental is to be settled down before this coming Ramadhan. =) 

 

oklah time to sleep. The time is already 2.30 am….its raining outhere , and sleep is the right and the best activity during raining time hehe…expecially at night..what a bliss!!huhuhu…life must goes on..coz tomorrow never dies..insya allah!daaaa…..ZzzzZZzzzzz….

Advertisements

see am am i..?? August 11, 2008

Posted by a****** in ::Bicara tanpa suara::, ::Self-expresso::.
2 comments

assalamualaikum..

Intervew audit untuk cmmi level 3 dah lepas smlm.Dan sekarang hingga hari rabu adalah masa untuk LA  (Lead Appraisal) dan kengkawannya menjejaki dokumen2 dalam PIID~…Can we achieve it?…..the result is on this wednesday….so tungguu……

BTW…..

Hari-hari aku di edaran bersisa 2 hari lagi..Ape perasaan aku skrg?….no feeling. Cuma a lil bit exhausted sebab takde gap untuk aku menarik nafas baru sebelum bermulanya hari pertama aku di kompeni baru..

Kompeni baru..opismate baru..environment baru..carakerja baru..bos baru..(huhu).. apabila semuanya baru aku tak dapat tidak membina semula reputasi aku sebagai pekerja baru….yang pasti aku akan lebih baik dan maju dari sekarang!Gambatte!

CUma kekadang aku macam tak percaya yang aku akan bertukar tempat kerja dalam masa terdekat ini.Mungkin at the first place i thougt, aku yang  lewat menyusul mereka2 itu dalam mencari peluang di tempat lain. Tp inilah rezeqi…walaupun pada sesetengah pihak jurang gaji hanya ‘di celah gigi’ tp kita tak tahu, mungkin yg celah gigi itu lah terdapatnya keberkatan…..dan yang pasti aku telah mengambil inisiatif melangkah setapak lagi ke hadapan dalam mencari rezeqi selama berkehidupan di muka bumi ini…..

🙂

BUlan syaaban kini, bulan ramadhan menanti…..aku masih lagi tak habis qadho puasa huh! Caiyok!Kena settle jugak bulan nie…isk isk…padan la ngan muka aku.. =P

Moga rezeqi bulan ramadhan yang bakal menjelma ini datang bersama rahmat dan keberkatan dari Yang Esa. Syaaban yang bersisa ini, sempatkah aku meyingkap tirai ramadhan nanti….? …izinkanlah & permudahkanlah Ya Rabb…….

sykn: sesungguhnya diri ini banyak dosa………

sight-seeing of me…. July 2, 2008

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
Tags:
add a comment

i love to be at this place again…..

Aktif May~ April 30, 2008

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
2 comments

assalamualaikum~

Esok 2008 bakal melalui hari-hari dalam bulan Mei, yang terkenal dengan ‘hari-hari’ istimewa.

1/05/2008 – Hari pekerja. Aku cuti. Pada yang overtime hari esok, tripple payment =). Tapi aku tak OT.Sini takder maknernye OT sebab in my field of work, u are  treated as volunteer.Huh kejamkan? =P

11/05/2008 – Hari Ibu. Pada aku hari-hari sepatutnya hari ibu. Sebab ibubapa sentiasa dikenang dalam doa , dirindui dan diingati jasa dan kasih sayang mereka tanpa perlu menetapkan hari untuk berbuat demikian. CUma pada pendapat aku, tak salah jugak kalau ada satu hari untuk meraikan  insan mulia bergelar ibu kerana saat mengandung hingga melahirkan hinggalah naik pangkat kepada nenek, moyang jasa mereka tak terbalas dek wang ringgit.

12/05/2008- Hari Jururawat sedunia. Aku bukan jururawat nak meraikan hari jururawat sedunia ini. Tapi aku anak kepada jururawat (sekarang  ketua jururawat ) juga mempunyai 6 orang sepupu yang bekerja sebagai jururawat. Penting jururawat nie, tak kiralah jururawat lelaki ke perempuan ke, sebab doktor bukan boleh buat semua perkara maka bantuan mereka ini amatlah penting di hospital mahupun di klinik-klinik desa.Hmm tu je…no komen.huhu

16/05/2008 – Hari Guru. Waktu aku sekolah rendah pernah aku bungkus kotak tisu Klennex yang menarik jugak corak kotaknya  dengan pembalut hadiah yang aku beli di kedai alat tulis sekolah untuk dihadiahkan pada pada cikgu kelas aku. Niat aku cuma satu nak bagi hadiah kat cikgu, tp tak terlintas sekuman pun niat nak mengenakan cikgu atau yang sewaktu dengannya . huhu. betul!! Aku ikhlas nak bagi, tapi takde idea bernas nak bagi apa, memandangkan duit poket aku waktu tu pun cukup makan untuk aku beli segelas air sirap dan sepinggan nasi lemak bersaiz medium setiap hari. =). Aku pun selongkar setor rumah dan terjumpa kotak tisu yang memang menarik corak kotaknya, maka dengan rasa gembira melihatkan corak kotak tisu yang berwarna-warni aku berharap cikgu pun gembira menerima hadiah tak seberapa itu dari anak muridnya ini. =). Cikgu-cikgi sekalian, jasamu kukenang dalam doa. Terima kasih!!!

19/05/2008: Emm hari wesak. Kepada sesiapa yang menyambut hari wesak, happy wesak day. AKu? yang penting aku cuti hari tu..emm cutikah?

Banyak juga hari-hari lain seperti Hari belia negara, Hari keluarga kebangsaan, Pesta menuai padi sedunia (kalau tak silap aku lah) semuanya dalam bulan Mei.

Apapun aku lebih tertarik dan berpengalaman meraikan hari ibu dan hari guru dan untuk tempoh 2 tahun nie aku dengan rasminya menyambut hari pekerja huhu =P.

Sekarang masih lagi terfikir-fikir apa nak buat sempena hari ibu sebagai meraikan mak yang amat-amat aku sayang….hmmm..think, think….=)

aku wktu kecik  waktu kecik dan tak kecik =Pwith beloved mak

nie coretan aku wktu hari ibu 2007~ pengharapan dan perasaan yang masih sama tika ini….=)

Walaupun rasa terima kasih dan penghargaan sepatutnya tiada pengkhususan hari-hari tertentu namun tiada salahnya kiranya hari Ibu,hari istimewa ini diwarwakan untuk menyatakan bahawa ibu adalah ‘seseorang’ insan yang amat bermakna dalam dunia ini.Sekuman rasa terima kasihku tidak dapat menandingi selaut kasih dan pengorbanan mak yang tidak jemu menadah tangan tuanya mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya. Tangan itu, pernah kurasa bisanya bila badanku dicubit,ditampar atas kenakalan ku, tangan itu juga pernah membidas rotan bila aku dan adik bergaduhan sesama sendiri sebagai pengajaran namun tak pernah ku serik, tangan itu pernah memulas telinga ku kerana pulang lewat petang leka bermain hingga terbit senja merah namun tangan itu jua yang menyuapkan nasi ke mulutku, mencuci mandi berakku ketika ku bayi, membelai mengendongku ketika ku menangis, memimpin tanganku melintas jalan, menunjuk ajarku mengenal huruf abc, alif ba ta, juga memaut tubuhku yang teresak menangis ketakutan…
Kini tangan itu, sudah berkedut, timbul urat-urat tua, masih lagi bisa ku rasa kepanasan kasih sayang seorang mak yang takkan pernah lenyap selagi hayat dikandung badan. Ku salam,ku kucup tangan itu dengan penuh rasa terharu dan penuh harapan agar restunya mengiringi setiap langkahku selama berkembara  berjuang di bumi
ini.Air tangan mak mendewasakan aku sekarang..terima kasih mak.

Aku tak mampu nak hadiahkan mak hadiah mewah… Ku tahu mak pun tak pinta
itu semua. Memadai dapat melihat aku , kami anak-anak di depan matanya, sihat dan ceria di sisinya. Aku membuatkan disert mangga istimewa buat mak. Trifle mangga yg pernah ku belajar membuatnya dari marini, housemateku yang memang rajin dalam bab masak2 nie..selepas membeli belah di giant sempat juga ku belanja pizzahut buat makan malam hari itu. Malam itu, aku dan emak sambil bersembang santai, disert sempat disediakan. BOlehla dimakan esok pagi.Esoknya, mak merasmikan dissert mangga, kemudian abah..hehe sedap kata mereka.Alhamdulillah..aku cuma tersenyum kembang menerima pujian dari abah =P..susah jugak abah nak puji masakan aku nieh huhu..apapun kemanisan disert mangga menyerlahkan lagi warna2 ceria hari Ibu bila kami makan dan duduk bersembang 3 beranak di dapur sambil menjamah manisan yang tak seberapa itu….what a nice and good feeling…aku cukup bertuah dan berbangga punyai mak, dan berharap mak juga berbangga dan sejuk melahirkan aku sebagai permata sulungnya dari dulu hinggalah kini…

k, chow!

2008:: ninja come back!! March 19, 2008

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
add a comment

Assalamualaikum~

 Aku rindu menyonteng di sini. .. uhuhuhu

Hey, itu aku! March 14, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
5 comments

~att:syafa, as ur request 😉 ~

5 things that scare me         

           1.pacat
2.pacat
3.lintah
4.ketinggian expecially bila meniti gaung huhu
5.orang makan orang

5 things(ppl not inlcuded)I like the most

1.my Casio watch…since form 1 …lasak cam tuan dia hehe
2.my sport shoes..(sentiasa tabah mengharungi onak duri ;-))
3.Chocolate
4. myPC but currently @hometown
5.Blogging..=)

5 important things in my room 1.MyDiary
2.my dolphin Massager =P
3.Safi’s stuff
4.My Walkman
5.Magazines
5 random facts about me

1.Love sports
2.Love dancing (haha cayer ke)
3.Love reading
4.Do-it-yourself –> present for special people : my beloved family,friends
5.Sensitive ;that makes me alert hehe..

5 things I plan to do before I die

1.PTPTN lump sum huhu =P
2.Menunaikan haji ngan abah n mak..insyaAllah!
3.nak buat extreme sport yg terakhir..payung terjun ke, bungee jumping ke ataupun atleast xpdc kayak keliling malaysia pun jadiklaa =P
4. reunion family+saudara-mara kat pulau kapas ker..
5. Of course get married and be with my own beloved family..happily ever after with cute kids and romantic husband….(hua hua..syikin!!!wake up!!!!! =P)

5 things I can do

1.playing basketball/kayaking/blogging for the whole day….
2.Design what ever using photoshop/illustrator/etc..
3.my ears…free for listening whatever problems…(good listener i guess =P)
4.unpredictable…2 person at the same time…haha sounds crazy..(get to know my hometown la hahaha)
5. funny but not a joker

5 things i cant do

1.I cant swim
2.I cant sing
3.takleh bertentang mata..dono la, it will make me more rabun hahaha
4.I cant act
5.I cant be a superwoman

5 things I say the most

1.subhanallah 2. astaghfirullah
3.ntahlaa
4.err..kejap
5.apo la

5 celebrity crushes

1.Chad Murray-his smile will melts the antartic ocean haha
2.Richard Marx -love his Husky voice
3. Fahrin =P
4.~
5.~no ide~

5 people who has 2 do this

1.Marissa
2.waheeda
3.unid
4.chankong
5.YOU! 😉

burung terbanglah bebas! March 1, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
1 comment so far

kaki, melangkah lah pantas..

diri, janganlah cemas,

rasa, janganlah lemas…

minda, janganlah babas,

hati, jauhkan was-was…

~@~

~sungai mengalir deras menuju ke laut terbentang luas yang berkilau bagai emas dihiasi burung terbang bebas di kaki langit di awan lepas mataku lihat hatiku puas~

999!! February 16, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::, Uncategorized.
add a comment

salam..
blog, aku nak cerita sesuatu ni..
M,seorang kenalanku memberi satu mesej yang agak menarik.

Berdialog (SMS)

M: pilih antara no ini :-   00,  21, 88, 13, 72, 24, 33, 99 & 11
Aku: uish, cabutan bertuah eh. Ok, no 99.

(aku ni pantang tengok nombor 9.sebab first, lahir dalam bulan 9, lahir pun pukul 9++ pagi, jersi aku dulu no 19, pastu kebetulan nombor nset yang abah beli 2, 3 kali ada je no 9..dan lagi satu ada 99 nama Allah dalam Asmaul Husna, antara banyak no. ganjil paling atas dalam senarai, aku suka no 9.so sebab tu la aku pilih no 9…=))

..M pun membalas,
M: 

00-tiada pe2 antara kte
21-mgkn sy dlm ati awk
88-i’m ur loving one
13-awk benci sy
72-awk ske sy
24-awk syg sy
33-i’m ur dear
99-sy kwn awk je
11-sy la idup awk

aku: hoho, camtu ker.. leh caya ke?
M: terpulangla..
.
.
.end of conversation…

Yang lebih menarik perhatian aku ialah, perkiraan yang bagaimana (logik) bagi pasangan nombor-nombor itu untuk didefinisikan seperti yang aku tulis diatas..mungkin mesej nie dambil dari mana-mana buku/majalah yang aku terlepas baca  atau mungkin direkacipta. Percaya atau tidak, aku,no komen. ;-). Anyway M, terima kasih, mesej tu memang menarik..=)

sampah hidup! February 14, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
add a comment

Sewaktu ‘BUSH*t’ and the gang menyerang IRAQ, sering terpapar wajah-wajah pucat dan biru kanak-kanak yang tidak berdosa di dada akhbar, di kaca tv yang mati akibat serangan bertubi2. Kita yang melihat pasti tersentuh dan berasa simpati walau sekuman cuma mengenangkan kanak2 yang sinonim dengan tawa ria tapi bergincu darah, bercelak lebam dihiasi dengan kesan-kesan luka kecil besar di seluruh badan akibat bom berbunga  kehancuran dan kemusnahan. Terasa benci yang meluap-luap dan dendam kesumat yang seperti lagaknya letusan gunung berapi terhadap BUSH*t dan konco-konconya.Bagi  kita disini hanya sekadar empati dalam diam dan doa saja sebagai senjata..

Tapi bila aku terkenang-kenangkan kembali, ada yang lagi kejam dan tipis akal sehingga tak sedar bila dipijak, bila manusia sehalus ibu jari disampahkan. Ini bukan manusia bertopengkan binatang, malahan bukan lagi nama manusia yang selayaknya digelar manusia yang akalnya pada tahap binatang yang hanya tahu ‘bernafsu’ semata-mata.

Tak perlu bersenjata api, tak susah berkereta kebal ataupun melempar bom tangan, hanya campak saja mana2 yang dikira sesuai demi menutup kebodohan dan keterlanjuran atau kenikmatan yang sementara itu. Bayi1

OK..ok, mungkin banyak kemungkinan berlaku..hasil rogol, hasil perkosaan mungkin juga paksa rela, tapi tidak ada cara cerdik yang lainkah selain dari tong sampah yang jadi sasaran?? Banyak lagi manusia yang berhati mulia yang dapat memberi kehidupan pada bayi2 malang yang menjadi mangsa kejam ‘dibuang dan disampahkan’ hidup2 . Boleh kah aku katakan BUSH*t tu lebih mulia dari manusia2 ini..??tepuk dada tanya iman diri, bukan emosi..

Dn_01_big

Mungkin ajal bayi ini di situ, mungkin penjenayah itu akan insaf selepas ini, mungkin akan lebih me’refreshkan’ kembali tahap kesedaran masyarakat sekitarnya, mungkin ini menunjukkan masih lagi pincang nilai kemanusiaan manusia kini, mungkin ini menjadi bukti rakyat Malaysia masih nipis nilai akalnya, mungkin ini tanda2 Kiamat makin dekat, mungkin ini juga menunjukkan masih ada lagi sisa-sisa manusia tak bertamadun, mungkin ..mungkin….fikir2 lah sendiri…

tp kan apa pulak nak dihairankan bila ada segelintir generasi masa kini yang turut membuang ‘keluarga’ , membuang ‘saudara’ , malahan ‘ibubapa’ demi kasih yang diturutkan..cuma tempat dan keadaan je lain..takkanla dalam ‘tong sampah’ mana nak muat ..tul tak???

sykn’s: astaghfirullah wa auzubillahi min zaalik!!!ayat2 di atas mungkin agak keras tp rasanya masih lagi tak setimpal dengan kebangangan manusia yang suka ‘membuang’ manusia nieh…ya RABBI, ku mohon perlindungan dari tipu daya syaitan…

Cuka yang masam =P February 14, 2007

Posted by a****** in ::Self-expresso::.
add a comment

Kalau cuka masam, aku lagi masam dari cuka. Tapi bukan dari segi bau mahupun rasa tapi perasaan aku pagi tadi mengunci mulutku untuk mengukir senyuman ataupun bersembang-sembang seperti selalu . Bukanlah masalah dunia tapi aku akui yang aku ‘terasa’ malah sejak 2 hari yang lepas. Bila perasaan tak enak, ekspresi muka aku memang tak dapat disembunyikan lagi mungkin sebab itu aku memang tak pandai berlakon.

abc: pantang kalau orang guna barang orang tapi tak pandai jaga barang.bla..bla..
aku:…..
abc: dah guna pandai-pandaila jaga, ni suka take for granted.bukan tak mampu beli..bla..bla…
aku:….

.

.

..bukan saja perbualan , aku juga mengerti dari tindakannya sejak akhir-akhir ini.

Antara ramai orang itu, aku juga pengguna-kongsi. Sepanjang dia berpanjang lebar menghamburkan rasa tidak puas hati aku hanya diam, menilai kembali adakah aku yang dimaksudkan atau bahasa ‘pelapik’  dalam erti kata lain mensasarkan target untuk menembak seekor burung pada sekumpulan burung walaupun  bidikan perluru tidak tepat pada aku, tapi bunyi tembakan atau dentuman peluru meninggalkan rasa takut dan amaran pada burung-burung yang lain bahawa kumpulan itu adalah sasaran pemburu. Sepanjang perjalanan aku koreksi diri. Aku akui sebagai pemilik harta, aku juga akan marah kiranya barangku yang diguna tidak dijaga dengan baik. Aku tak salahkan dia, tapi aku pun tahu etika sebagai pengguna (=P).Dan aku taknafikan  adakalanya aku terlalai.Dia menafikan sasaran itu adalah aku tapi aku lebih mengerti. Pada kalian mungkin ini hanya sisa di celah gigi, tapi tidak bagi aku, namun tidaklah pula batu besar di atas kepala.

sykn’s:memberi dan menerima adat berkongsi.Menerima sahaja tanpa memberi itu adalah mengambil kesempatan…