jump to navigation

U know What i did last weekend…?? July 21, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
add a comment

Assalamualaikum…

Minggu lepas dengan rasminya aku bawak my snowPo balik tg rambutan. Mintak cuti hari jumaat tu untuk settlekan apa yg patut…heee…

Kat rumah di tg rambutan, mak abah mesti mengupdatekan aku tentang perkembangan rumah baru yg dalam proses pembinaan…..

=)
in the mid of july 2008

dan yang paling aku suka ada tasik kecik kat belakang rumah….so ini view dari belakang rumah yang mengadap tasik nieh….hmm leh ke kayak nieh…

house to be..insya allah =)
kalau sempat siap raya nie, best gak….heeeee =)..apapon nanti aku balik aku snap lagik….tungguuuuu….
Dan petang sabtu tu, aku ,mak and abah lawat sepupu (anak sedara bapak ) kat Hospital Ipoh,tengok seorang lagi kejadian ciptaan Tuhan yang selamat bergelar khalifah di bumi Allah yang diberi nama…emm..emm aiseh tak ingat la…..he is so cute cam sinchan pon ade gak ..huhu
wokeh…ngantuk dah nie…esok manyak keja kena settle b4 i’m officially leaving~…….
keep in touch for more updates..huhu daaaaaaaa =)

pac kiok! June 25, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
add a comment

assalamualaikum..

hmm i failed in my PAC…huhu as predicted, i admit my weakneses, expecially when comes to group activities..=) what i’ve done? i’m not screwing up the team but maybe i guess, i’d rather be a follower when everybody wants to show off and speak up as to be the only one ‘solver’ for the given problems.. =)

not my rezeqi also for this time. i’ll try next time insya allah….once failing doesnt mean it was an ending, but it’s a beginning towards challenging yourself….=)

daaa…

memory remains~

PTD Assessment Centre

PAC instun~in memory April 28, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
2 comments

assalamualaikum..

alhamdulillah, aku dah lepas PAC di instun. (institut tanah dan ukur negara, behrang, perak) bermula 25-27 April 08, 3 hari 2 malam.

so far aku enjoy je semua aktiviti. Tekanan mental tu tetap ada tapi bila memandangkan semua calon pun berkongsi perasaan yang sama jadi lama-kelamaan perasaan tertekan tu kurang sikit demi sedikit =). Di sana seperti yang aku jangka , aku jumpa member se’u’ termasuklah dari kuliyyah senibina, sains sosial, undang2, engineering dan IT (aku laa..uhuhu). Kali ini calon dari kaum india dan cina pun ramai…dan aku berkenalan dengan sepupu  Jhon isaac member skolah lama aku yg bernama Dick..huh!kecik sungguh dunia.

Bab yang paling aku enjoy ialah lari 2.4 km dalam masa yag ditetpkan..heee..i manage to finish the run within the expected time..huh !nak longgar kepala lutut nieh…aku seiring dan sejalan dengan liza, member yg sama2 join kayak dulu…walaupon dah lama tak lari2..tp mungkin jog di titiwangsa membantu sedikit dari segi stamina yg ciput nieh!

the rest xtvts; debate, pengucapan awam dan public speaking, so far aku rasa aku dpt lalui dengan tenang walaupun tak lah secemerlang mana….yg penting my self measurement samada competent with other candidate or not… sekurang-kurangnya kita dapat mengagak tahap keyakinan diri dan tahap pengendalian tekanan diri dalam situasi2 tertentu…=)

so…sebulan dari sekarang, mungkin result whether aku dapat meneruskan perjuangan atau pun tidak..tungguuuu…..apapun terpulang pada rezeqi..saingan amat sengit…ada rezqi ada laa…..kalau takde pun aku tetap hargai pengalaman PAC nie….=)

ok, chow!

 

 

what i’m just realize~ April 12, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
add a comment

assalamualaikum~

lokasi:opis

masa:12:29 pm

objektif: kerja+’home’work,,,,, volunteer-based (no charge laaa huh mana ada OT kat sinih!)

Semalam, jumaat 11/04, HOME COMING DINNER was held at Level 5, Admin BUilding, UIAM for x-uiamians from kuliyyah of ICT/SCIENCESS/ISTEC. Sederhana meriah. Muka-muka  komited pada sebuah pertemuan selepas alam perkuliyahan pada satu masa itu adalah seperti yang dijangka :- aiza, apek, keon, halim, wida, syara, fida, haliazni, wani dan aku…dan paksu, pali, ikram, ikmal, murni, ajet, didi, tidak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu walaupun kemahuan itu ada untuk berjumpa.

Masing-masing berbual meng’updatekan’ diri tentang kerja, tempat tinggal, bisnes dan yang paling ingin untuk diketahui ialah ‘status’ hehe…. single but not ready to mingle, single but not available, single and available and looking forward, single for 2 months,3 months..bla bla…uhuhuh… dan yg paling hot ialah back to single…heeeeee…well biasalah laki perempuan tak lepas dari rasa ingin tahu..huhu tapi pandai2 la menghadkan rasa ingin tahu itu, takut nanti dianggap kaipoci tahap dewa.hmm.. tak bagus tu…=)

Dan pandangan aku dicuri oleh seorang perempuan bertudung labuh sibuk melayan seorang budak lelaki berusia lebih kurang 1 tahun bersama seorang lelaki yang memang ku kenal. Oh, kak asma rupanya, dia senior sekolah teknik aku dulu dan suaminya  Rizal senior aku di UIA dalam kuliyah yang sama. Dah besar dah anak sulung dia…huhuhu.. menunjukkan dah lama aku tak jumpa mereka ini semenjak hari mereka selamat berumahtangga….

Aku bersyukur masih dipanjangkan umur untuk pertemuan dengan batch nie, kisah and cerita lama sekali-sekala dibualkan mungkin ingin menimbulkan kemesraan antara kami, sedikit sebanyak menyedarkan kami di mana kami bermula untuk berada pada waktu sekarang..=)

Aku pada waktu sekarang?

hmm..aku sebenarnya masih mencari kepuasan dalam bekerja..namun masih tetap meneruskan tugasan sekarang.Susah nak terangkan situasi aku cuma cukup kalau aku kata i’m not very happy to be here….=) ~

Grooming: Duit manja..~?? April 8, 2008

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
add a comment

assalamualaikum~

Semalam seramai lebih kurang 20 orang staff (perempuan) disenarai pilih (men-sukarelakan- diri) mengikuti kursus ‘Grooming’ dari Anggun Estetika Sdn Bhd yang menampilkan Puan Zarina (kakak kepada pengacara Explorace Kids-Azura) dan rakan kongsinya Juliana, beautician sebagai ‘groomers’ pada hari itu. http://www.anggunestetika.com/ 

Pelbagai aspek disentuh termasuklah segmen yang ditunggu-tunggu iaitu ‘self-make over’  2 jam sebelum kursus hari pertama  yang berakhir pada jam 5.30 petang. This is my first time attending grooming course.  Jadi tipulah kalau rasa tak seronok. =P..Sepanjang hari kursus yang diadakan di bangunan edaran, antara aspek yang ditekankan ialah:

Keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai

Persepsi utama yang dijadikan faktor pembawaan diri ialah: The way u see yourself, The way others see you, The way YOU want to be seen…

Anda adalah apa yang anda fikirkan. =)

Aku tertarik dengan istilah ‘duit manja’ seperti yang diutarakan oleh Puan Zarina. Duit manja bukan bermakna memanjakan duit bukan pula duit itu bersifat manja tapi duit manja itu adalah peruntukan sebahagian wang gaji hasil titik peluh sehari-harian untuk memanjakan diri. =)

Contohnya seperti membelai diri di pusat-pusat spa, aromaterapi, sauna, face and body facial , cuci rambut, manicure/padicure dan yang sewaktu dengannya lah. Hmm bukan tak boleh buat sendiri pada diri sendiri tapi itulah yang dikatakan manjakan diri…Bagus juga, sebab ‘manjakan diri’ ini membuka peluang perniagaan dan pekerjaan juga pendidikan pada industri perkhidmatan khususnya penjagaan diri. Di mana ada permintaan di situ ada pengeluaran. Dan wanita memang sinonim dengan kecantikan dan sentiasa mahukan yang terbaik buat diri tanpa mengira usia. Hello, nenek-nenek sekarang pun ‘hot’ tau , kalau tidak takkan lah ada peserta begelar nenek yang mencuri perhatian Akademi fantasia musim baru ni…heeee… Pada si isteri semestinya ingin menambat hati suami, pada yang masih bujang pastinya sebagai strategi ‘marketing’ ..almaklumlah kadar saham harus dijaga huahua…=P..that’s true.. Kecantikan pada wanita melanda kaum hawa tak kira bandar mahupun di luar bandar. Sedangkan nenek kita pun masih lagi berbedak sejuk..huhu apa kes?Pastinya untuk memelihara keanggunan semulajadi anugerah Ilahi ….=)

Satu lagi info tentang bagaimana pembawaan diri kita memberi pengaruh dominan terhadap orang sekeliling ialah bak kata puan zarina nie, manusia tidak dapat tida mengambil masa 7 saat untuk membuat first screening terhadap seseorang yang dijumpai tak kiralah atas urusan bisnes ke, atas kenal-kenalan ke dan yang sewaktu dengannya maka 7 saat data itu yang tersimpan terlebih dahulu dalam otak kita untuk menilai orang tersebut…huhu memangla don’t judge book by it’s cover tapi sekarang nie cover pun memainkan peranan penting dalam mengintepretasikan isi di dalamnya…agree???

55% Body Language

38% verbal TOne

7 % Verbal conTent

Peratus2 di atas menujukkan sebanyak mana seseorang itu diberi perhatian oleh umum ketika berucap…huhuhuh…hmm leh cayaker?

Apapun just take note this:

Look GOOD —-> FEEL Good—->Positive Image —–> Confidence Positive Attitude

k, chow!

 sykn’s nie: tiba-tiba mamamiya!!!!….sya** nak tak i temankan u beli tut…. kat las**z* ….

                  n tiba2 gak….UNID!..u dah pakai dah hadiah yang i bagi u tuuu….. !!

uhuhu… pbhtttt…..=P….

Putera Kayangan February 22, 2007

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah, Uncategorized.
add a comment

assalamualaikum..

tanggal tarikh 23092005, seorang perempuan telah didatangi mesej misteri dan disusuli dengan hadiah lukisan ini pada hari berikutnya..mesej yang berbahasa puitis mengundang sukar untuk ‘dia’ mengerti apa hajat sebenar yang ingin disampaikan, namun sekadar di angin lalu, tidak mengambil endah kata-kata itu, walaupun hati dilanda keliru. Membahasakan diri sebagai putera kayangan, orang misteri itu menghulur salam persahabatan bagi memulakan kenalan. Cantik lukisan ini, mencerminkan kesenian dan ketelitian perasaan pelukis yakni putera itu. Walaupun tidak se gah potret Monalisa karya emas Vinci, namun cukup dihargai dan membuatkan ‘dia’ menguntum senyuman. ‘Dia’ terus dihimpit rasa tidak menentu untuk seketika kiranya salam perkenalan dari orang misteri itu terus menerus dengan rahsia dan kemisteriannya..Di waktu ‘dia’ lagi sibuk bergelumang dengan nota dan buku, mesej orang misteri itu terus menghantui namun tidak mengapa kerana kata-katanya lebih kepada dorongan dan semangat. Hari silih berganti, minggu terus ke bulan, orang misteri masih tidak diketahui identitinya malah nama sebenar pun tidak tahu……Apapun si ‘dia’ sekadar menerima kehadiran sahabat misteri itu dan mengakui semua manusia punyai rahsia tersendiri. Namun peristiwa yang berlokasikan taman ilmu dan budi ini tetap segar dalam ingatan….

wahai putera kayangan,

hadirmu tak diundang namun tak pula ku pandang sepi…kau hulurkan salam persahabatan dan ku sambut atas nama persaudaraan walaupun tidak kukenal rupamu tapi kutahu bahasamu..

ku akui kata-katamu ada mengundang resah di hati tapi takkan ku mudah lupa diri…ku anggap persahabatan ini sekadar perkhabaran angin yang dapat kurasa tapi tidak betah dalam genggaman walaupun hakikatnya kita berpijak dan bernafas di bumi yang sama yakni di taman ilmu dan budi….

jauh di sudut hati, aku berterima kasih atas lukisan itu, tetap ku hargai sepanjang ku berkehidupan, kerana ia antara warna-warna ceria yang mengiringi ku sebagai kembara atas muka bumiNYA ini….

sykn’s: ada mungkin kita ketemu???=)

ninja + blogging???mess!! =P January 31, 2007

Posted by a****** in Sesaat yang bersejarah.
2 comments

Assalamualaikum

ninja

Ini adalah ‘posting’ aku yang pertama. Bila banyak perkara yang hendak ditulis, ia membuatkan aku menjadi tak tahu untuk menulis. Maka dengan itu aku mengucapkan selamat menulis (buat aku) dan kepada yang sudi singgah dan melirik setiap bait-bait kata, terima kasih daun limau kasturi =).

‘..aku berlindung denganMU dari pena yang menggelisahkan……..’